Kerajaan PAS Kedah akan menunggu isyarat PAS Pusat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang isyarat mengenai tarikh membubarkan DUN.
  
"Saya tak dapat isyarat apa lagi daripada Kuala Lumpur. Saya tunggu isyarat daripada PAS Pusat," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas  kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kerajaan negeri pimpinan pembangkang perlu dibubar serentak dengan Parlimen.
  
DUN Kedah akan bubar secara automatik pada 5 Mei ini.- Bernama