Rabu, 20 Mac 2013

Bekas Penjawat Awam Burukkan Kerajaan & Sertai Pakatan Rakyat (Pembangkang) Tidak Kenang Budi?

Staff Berita Semasa 
 
Bekas Pesara Kerajaan

Nampaknya masih ramai lagi yang masih tidak boleh membezakan antara kerajaan dengan parti politik. Dan kami masih lagi sangsi, adakah di malaysia kakitangan kerajaan persekutuan ataupun kakitangan kerajaan negeri secara automatiknya menjadi kakitangan parti politik?
Kuala Terengganu: CUEPACS menyelar pesara yang lantang memburukkan kerajaan dan menyertai parti pembangkang, sekali gus menyifatkan mereka sebagai tidak mengenang budi dan melanggar tatasusila dalam perkhidmatan awam. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mengecewakan apabila mereka yang bersara dengan pangkat besar dan pencen tinggi memburukkan kerajaan dan negara selepas tamat perkhidmatan.
“Mereka ini bukan calang-calang pesara. Pencen mereka RM5,000 hingga RM6,000 sebulan, tetapi tidak mengenang budi. “Ketika berkhidmat selama 35 tahun semua okey saja, janji taat setia, setiap bulan angkat sumpah, tetapi apabila bersara mereka burukkan kerajaan.
Samada duit gaji, duit pencen yang diterima kakitangan kerajaan bukan milik parti politik. Ia adalah duit cukai rakyat Malaysia, cukai korporat, cukai pendapatan, kekayaan sumber asli negara dan lain-lain yang diamanahkan kepada ahli politik untuk menjaganya. Ahli politik tidak berkerja sukarela tetapi dibayar gaji lagi.
Jadi laksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya baik diperingkat negeri mahupun persekutuan
Anda-anda semua ini (rakyat Malaysia) yang merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat. Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik
“Jangan kerana ada perkara yang kita tidak berpuas hati, kita bakar kelambu yang melindungi kita daripada nyamuk,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kad Skuad Pengguna kepada 800 pesara dan ahli CUEPACS Terengganu di sini, semalam.
Pelancaran dan penyerahan kad Skuad Pengguna dilakukan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid. Turut hadir Pengerusi CUEPACS negeri, Azih Muda.
Kepada Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman. Malaysia ini ada perlembagaan yang kita sepatutnya dukung intipatinya antara lainnya, demokrasi. Rakyat berhak memilih mana-mana parti politik yang menjadi pilihan mereka. Mereka ada akal fikiran dan harga diri. Samada mereka mahu memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional terpulang.

Andaikata seseorang itu kakitangan kerajaan negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah sekalipun, mereka pun tidak semestinya penyokong Pakatan Rakyat. Ada juga daripada Barisan Nasional. Begitu juga sebaliknya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Pokok pangkalnya terpulang kepada pilihan rakyat Malaysia.

Kakitangan awam ini diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan & melancarkan lagi dasar kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira parti mana sekalipun yang memerintah. Bukannya bekerja untuk parti politik. Jadi, ada beza di situ. Itu sebablah….

Jika ada perubahan kepimpinan di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak, urusan kerajaan dan tugas kakitangan kerajaan negeri tetap menjalankan tugas seperti biasa. Begitu juga jikalau ada perubahan di peringkat persekutuan, pun sama juga situasi. Tetap berjalan seperti biasa.

P/S : Apa pandangan anda pula sebagai kalangan kakitangan awam di sini?

Tiada ulasan: