Isnin, 18 Mac 2013

Adik Najib Sebab Utama Demo NUBE dan kakitangan CIMB

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20cimb1a.jpgKUALA TERENGGANU - Satu demonstrasi atau piket aman telah diadakan oleh Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) dan kakitangan CIMB Berhad di hadapan pemis bank tersebut di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 12 tengahari hari ini Ahad 17 Mac.

Menurut seorang kakitangan bank tersebut, ia adalah siri demo atau piket jelajah NUBE ke seluruh negara, selepas mereka mengadakan tunjuk perasaan tersebut di negeri Selangor pada minggu lepas.

Kakitangan tersebut, Awang Ludin memaklumkan, mereka akan bergerak dari Kuala terengganu ke Dungun dan akan mengadakan satu sri demo atau piket aman di hadapa CIMB cawangan Dungun pada jam 3.0 petang ini.

Pada 15 Disember 2012 lalu pihak NUBE menjelaskan mengapa mereka telah mengadakan piket di hadapan CIMB Bank Berhad, Menara MBC, Jalan Raja Laut,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20cimb2a.jpgAntara sebab utamanya ialah adik Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia, Nazir telah melakukankan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja bersama barisan pengurusan bank miliknya yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan.

Ketika penyelesaian pertikaian pada tahun 2007, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak pernah memberi jaminan kepada NUBE bahawa beliau dan kumpulan pengurusan bank sentiasa mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip layanan yang adil dan saksama, kejujuran, profesionalisma dalam semua urusan berkaitan pekerja termasuklah menghormati dialog sosial.

Bertindak secara bertentangan dengan jaminan yang telah diberikannya sejak empat (4) tahun lalu, Nazir bersama barisan pengurusannya membuktikan “a leopard can’t change its spots”. Pelbagai penipuan dan pencabulan telah dilakukannya sepertimana di bawah;

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20cimb6a.jpg1. Pengurus-pengurus (RDs) memanipulasi Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) dan menukar penaksiran penilaian tanpa sebarang justifikasi. Manakala Nazir hanya membiarkan penipuan ini terus bermaharajalela.

2. CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya.

3. Ketua CIMB Auto Finance, Abdul Karim Md Lasim menerima sogokan berbentuk ‘hadiah’ daripada pegawai bawahannya yang membeli ‘hadiah’ tersebut menggunakan wang dana kakitangan. Malangnya, Bro Afandie Md Ali yang mempersoalkan penggunaan dana tersebut pula yang dipecat.

4. Nazir mencabul Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE dengan menggalakkan dan membiarkan barisan pengurusnya terus mengabaikan prosedur aduan rasmi (grievance).

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20cimb8a.jpg5. Sis Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital. Satu laporan polis telah pun dibuat.

6. Ketua Kumpulan Sumber Korporat, Hamidah Naziadin secara terbuka mengecil-ngecilkan kesatuan sekerja, mempersenda dan menghentam para pekerja yang berjuang untuk hak-hak pekerja.

7. CIMB Bank bersubahat dengan Maybank untuk mensabotaj Perjanjian Kolektif kita yang mampu memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: