Ahad, 17 Mac 2013

8 SAHABAT KOTOR? Rafizi cabar Najib untuk gugur 8 pemimpin kanan Umno dari senarai PRU ke-13

  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


DIKEMASKINI- Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli telah menyenaraikan 8 pemimpin kanan Umno dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan mereka dari menjadi calon dalam pilihan raya yang umum ke-13. Dia berkata ini merupakan satu "ujian asid" bagi orang ramai untuk menilai sejauh mana keikhlasan janji “tiada korupsi" Najib.

"Terpulang kepada Najib untuk membuktikan kata-katanya ... kerana mereka merupakan pemimpin kanan yang sudah ada kes atau telah melaluinya. Jika standard yang telah diletakkan terhadap pembangkang adalah calon-calon kita mesti lebih putih daripada putih, perkara yang sama perlu tertakluk kepada mereka juga," Rafizi memberitahu sidang akhbar pada hari Selasa.

8 orang pemimpin berkenaan adalah:

Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno
Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
Nazri Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri
Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan
Taib Mahumud, Ketua Menteri Sarawak
Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu
Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan
Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar

Kekayaan luar biasa Taib


Kesemua 8 yang berada dalam senarai PKR ini berada di bawah perhatian awam bagi tuduhan rasuah.

Taib Mahmud, sebagai contoh telah didakwa sebagai salah antara lelaki terkaya di dunia dan dilaporkan sedang disiasat oleh kerajaan Switzerland atas tuduhan pengubahan wang haram yang diperolehi daripada operasi pembalakan haram.

Terdapat sedikit keraguan bahawa Taib terlalu kaya dengan gaji sebagai ketua kerajaan negeri Sarawak. Gaya hidup dirinya serta ahli-ahli keluarganya yang begitu menonjol sudah lama diketahui rakyat.

Skandal Lembu Shahrizat


Walaupun namanya telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shahrizat Jalil tidak terlepas dari persepsi awam

bahawa dia telah gagal untuk menyedari bahawa keluarganya ​​terlibat dalam korupsi skandal RM250 juta NFC.

Suaminya telah didakwa atas jenayah pecah amanah bagi NFC, sebuah projek pembiakan lembu negara.

Skandal Musa Aman


Musa Aman, yang mana Sabah, negerinya telah baru-baru berada dalam kegawatan berikutan pencerobohan kumpulan kecil pengganas asing bersenjata, telah disiasat oleh agensi anti-rasuah Hong Kong bagi dakwaan pengubahan wang haram.

Dia juga telah dituduh menyekat deportasi Manuel Amalilio anak saudaranya, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina untuk kerana penipuan sejumlah 12 bil peso (RM900 juta) wang dalam skim cepat kaya yang didakwa dilakukan untuk mengumpul dana bagi pilihan raya untuk Musa.

Malaysia dijangka akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang walaupun telah banyak kali ditangguhkan oleh Najib, Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April ini.

Melainkan pentadbiran Najib mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, PRU ke-13 perlu juga diadakan walau apa jua alasan dan peluang Anwar Ketua Pembangkang dan gabungan PR iaitu PKR, PAS dan DAP untuk menang adalah sangat tinggi.

Ramai pakar meramalkan akan berlaku perubahan rejim, buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.


Ahmad Said


Pada sidang akhbar itu, Rafizi juga melengakapi keterangan dokumentasi yang didakwa membuktikan pembabitan Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu dalam skandal konsesi balak.

Rafizi sebelum ini mendakwa bahawa Ahmad telah menggunakan firma RM2 sebagai pengantara untuk menjual konsesi balak kepada pengendali, menuntut harga RM1 juta untuk menjual saham dalam firma dorman dimana lesen pembalakan telah disuntik atau diberikan.

Pada hari Selasa, Rafizi mengedarkan salinan resit rasmi dari firma peguam bertarikh 12 Disember 2011, yang menerima cek RM1 juta daripada Maybank sebagai bayaran untuk salah satu urusan jual beli.

"Sehingga kini, tidak terdapat maklumat atau apa-apa langkah oleh SPRM untuk mendakwa walaupun terdapat bukti yang jelas pembayaran serta perjanjian kontrak yang jelas ditandatangani mengikat firma RM2 dengan tender negeri Terengganu terhadap konsesi balak," kata Rafizi.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: