Rabu, 6 Mac 2013

600 pekerja sawit Indonesia di Lahad Datu dipindahkan

FREE MALAYSIA TODAY

Yang penting tenaga kerja Indonesia (TKI) selamat dulu, kata Menteri Tenaga Kerja Indonesia Muhaimin Iskandar.



JAKARTA: Seramai 600 orang pekerja warga Indonesia di Lahad Datu dipindahkan ekoran pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dengan pengikut Sultan Sulu sejak 9 Februari lalu.

“Yang penting tenaga kerja Indonesia (TKI) selamat dulu,” kata Menteri Tenaga Kerja Indonesia Muhaimin Iskandar di Jakarta, semalam seperli dilaporkan RMOL.

Mereka bekerja di ladang kelapa sawit milik Felda dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat.

Dianggarkan seramai kira-kira 8, 000 pekerja Indonesia bekerja di ladang sawit milik Felda di negeri itu.

Muhaimin mengatakan, pemerintah Indonesia telah mendesak pemerintah Malaysia agar benar-benar memberi perhatian kepada keselamatan TKI di wilayah konflik kerana mereka adalah warga awam yang harus dilindungi.

“Atase Tenaga Kerja dan KJRI di Sabah terus melakukan pemantauan dan pemindahan terhadap 600 orang telah dilakukan secara berperingkat dengan kerjasama Felda iaitu di antaranya di lokasi Sahabat 17,  di Semporna dan di Tandau,” jelasnya.

Tiada ulasan: