Isnin, 18 Mac 2013

190 Orang Ahli Baru Jambu Bongkok Terima Sijil

Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/ahli%20baru%20jambu%20bongkok.jpgMARANG - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Pengkalan Berangan yakin dengan izin Allah akan menang dan merampas kembali DUN tersebut dari Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanaya umum ke-13 ini.

Timbalan Pengarahnya Ustaz Sulaiman Sulong berkata, penerimaan para pengundi terhadap perjuangan PAS semakin meningkat, khususnya di kalangan orang-orang muda.

"Keyakinan (untuk menang) itu bukan hanya satu mimpi tetapi ianya bersandarkan kepada hakikat penerimaan perjuangan PAS oleh rakyat Pengkalan Berangan sejak akhir-akhir ini semakin,

"ini terbukti dengan kemasukan seramai 190 orang ahli yang baru sahaja menerima sijil keahlian di Cawangan Jambu Bongkok,  sebahagian besar ahli baru daripada jumlah itu adalah terdiri dari golongan muda,"ujarnya ketika ditemui selepas majlis pemberian sijil tersebut pada Jumaat malam 15 Mac.

Beliau yang juga Pengarah PASTI negeri Terengganu menyeru semua lapisan masyarakat yang masih di luar PAS, mencontohi perubahan yang telah dilakukan oleh golongan muda di Kampung Jambu Bongkok.

Katanya, sudah tiba masanya kepada seluruh rakyat untuk melakukan satu perubahan, bertukar kepada pemerintahan yang lebih baik kerana menurutnya, terlalu banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, antara perkara yang menjadi tarikan orang muda masakini adalah ikrar pemimpin PAS Terengganu untuk melaksanakan program-program yang memberikan faedah langsung kepada rakyat negeri Terengganu.

Antaranya, kata beliau, janji pemimpin PAS memberikan insentif perkahwinan kepada orang muda dan memansuhkan pinjaman PTPTN, sekiranya PAS menguasai Wisma Darul Iman dan Putrajaya

Dalam majlis penyerahan sijil tersebut, Ustaz Sulaiman [Gambar - paling kanan] telah mengiringi  ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menyerahkan sijil keahlian kepada Setiausaha UPU Jambu Bongkok Saifillah Ismail.

Tiada ulasan: