Isnin, 11 Mac 2013

1000 Peniaga, 39 NGO Bantah Perobohan Pasar Besar Kedai Payang

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_0150.jpgKUALA TERENGGANU -  Seribu orang para peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berpadu tenaga bersama 39 buah badan Bukan Kerajaan (NGO) membantah cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu merobohkan pasar tersebut.

Ini kerana, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Pasar Besar Kedai Payang merupakan Seni Warisan Sejarah Negeri Terengganu yang perlu dipertahankan oleh rakyat.

Beliau turut memberi jaminan awal kepada rakyat jika kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, cadangan meroboh pasar tersebut akan dibatalkan.

“Saya yakin dan percaya, bantahan hampir 40 buah NGOs bersama dengan ratusan para peniaga di Pasar Besar Kedai Payang ini bukan kerana sentimen politik kepartian tetapi kerana mahu menjaga seni warisan Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_0121.jpg“Kita bukan menentang pembangunan dan kemajuan yang hendak dibawa tetapi tidak bersetuju warisan seni kita (Terengganu) dihapuskan, hilang identitinegeri Terengganu Darul Iman.

“Saya (PAS) beri jaminan kepada tuan-tuan (rakyat) jika PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat diberi semula mandat memerintah pada PRU13 ini, kita (kerajaan) akan batalkan perjanjian dan cadangan roboh pasar dan buat hotel,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya pada satu program Himpunan Aman “Selamatkan Pasar Payang Warisan Kita” di perkarangan Bazar Warisan Pasar Payang, dekat sini, hari ini Sabtu 9 Mac. [Lihat Video]

Menurutnya, jika seni warisan ini mahu dipertahankan maka kerajaan Umno-BN wajib dijatuhkan pada pilihan raya akan datang.

Manakala, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah berkata memorandum bantahan akan dihantar kepada kerajaan negeri Terengganu dalam masa terdekat ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_0039.jpgIni berikutan, katanya, susulan dari penyerahan “Memorandum Bantahan Rancangan Pembangunan Di Tapak Pasar Payang” yang dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Ngo-Ngo Perniagaan Terengganu kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri najib Tun Razak pada 23 Februari lalu.

“Kami dari pihak Ngo, Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang telah mendapat sokongan padu dari rakyat-rakyat dalam dan luar Terengganu. Kami tidak menentang pembangunan di tempat yang sesuai asalkan tidak menghapuskan Seni Warisan Sejarah bangsa Melayu Terengganu yang menjadi ikon negeri ini.

“Isu (pasar) ini telah mendapat perhatian meluas masyarakat Malaysia dan Antarabangsa termasuk Singapura.

“Kami menggesa kerajaan negeri Terengganu membatalkan hasrat mahu merobohkan Pasar Payang ini dan akur dengan kehendak (bantahan) rakyat,” ujarnya.

Pada perhimpunan selama satu jam itu turut membariskan beberapa buah Ngo yang mengambil bahagian seperti Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Gabungan Anak Terengganu (Gate), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Jingga 13, R-Royalti, Badan Bertindak Banggol Donas, Kawan, Sisbakti, Yakep, Kelab Fassi, Pusat Tahfiz Gemilang, Khaimnisa, Optima, Yayasan Amal Malaysia serta Papisma.

Tiada ulasan: