Sabtu, 16 Februari 2013

Wan Ahmad serah kes Mat Sabu kepada peguam

JAMILAH HAMZAH
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
 
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyerahkan kepada peguamnnya berkenaan tindakan selanjutnya ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataan berbaur fitnah.

Beliau juga berkata terpulang kepada Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu jika tidak mahu memohon maaf.

"Saya serahkan kepada peguam saya, jika Mat Sabu tak mahu minta maaf, itu tindakannya.

"Saya mengambil tindakan yang patut dan benar untuk bersihkan nama saya dan jaga maruah saya," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Mat Sabu menegaskan tidak akan mohon maaf kepada Wan Ahmad berhubung kenyataan yang mendakwa Timbalan Pengerusi SPR itu tidak boleh dipercayai, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan lanjut.

Mat Sabu juga berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan dan beliau menunggu tindakan susulan peguamnya.

"Saya tidak mahu mengulas perkara tersebut. Yang pasti, tiada maaf. Saya sudah serahkan semuanya kepada peguam. Tunggu sahaj nanti," katanya.

Tiada ulasan: