Rabu, 6 Februari 2013

PRU-13; Kaum Tionghua Diseru Hayati Sifat Ular Yang Sensitif

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/hanafiah2.jpgKEMAMAN - Tahun 2013 adalah digelar sebagai 'Tahun Ular' oleh masyarakat Tionghua, akan bermula pada 10 Februari yang merupakan hari pertama dalam kalendar Tahun Baru Cina dan berakhir pada tanggal 30 Januari 2014.

Pelbagai program diadakan bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina pada tahun ini, apatah lagi ia disambut pada saat-saat hampir kepada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13).

Penolong Setiausaha  Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, sempena sambutan kaum 'Tahun Ular' pada tahun ini, orang-orang Tionghua harus mencontohi sifat sensitif seekor ular, yang peka kpaada persekitaran.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/hanafiah1.jpg"Sesuai dengan sifat ular yg sensitif maka wajarlah warga tionghua menilai kewibaan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya PAS agar (untuk) diberi peluang sekali lagi memerintah negeri Terengganu,

"sempena tahun ular, saya menyeru seluruh warga tionghua yang layak membuang undi agar bekerja kuat, kreatif disamping berfikir panjang dengan penuh kewaspadaan,"ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai berkata demikian ketika ditemui mengadakan program ziarah ke premis-premis perniagaan kaum Tionghua di bandar Chukai dekat sini, pada Isnin 4 Februari.

Beliau turut membahagi-bahagikan buah limau, Ang Pau dan 'kad raya' kepada para peniaga tersebut.

Tinjauan skuad BO mendapati, rata-rata masyarakat Tionghua yang ditemui memberikan sambutan yang sangat baik dan menyatakan pendirian akan membuat satu perubahan pada PRU-13.

Bahkan, majoriti mereka dengan tegas, berjanji dan bertekad akan menumbangkang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13, yang sudah tidak lagi boleh dipercayai.

Tiada ulasan: