Rabu, 6 Februari 2013

Pengundi Muda Terpelajar, 'Mimpi Ngeri' Untuk Umno

Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/majlis%20siswa%20siswi%20Jabi.jpgSETIU - Undi generasi muda dan golongan terpelajar, menjadi igauan ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang ke-13 (PRU-13) akan datang apabila fakta menunjukkan, pengundi yang pertama kali akan memangkah kertas undi menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, golongan tersebu akan memberikan saham besar dalam menentukan hala tuju politik negara pasca pilihanraya nanti.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan Umno-BN menumpan pelbagai 'gula-gula' kepada mereka disaat-saat akhir pilihanraya hanyalah umpama 'memperbodohkan'  diri sendiri.

"(Umno) cuba memperbodohkan rakyat dengan pelbagai gula-gula disaat-saat akhir, taktik lapuk Umno untuk memastikan mereka terus kekal di tampuk kuasa, sebenarnya Umno-BN memperbodohkan diri mereka sendiri,

"Walaupun berhadapan dengan pelbagai ketidak adilan, sekatan serta akses maklumat yang tak sama rata tetapi anak-anak muda yang bersemangat dan cintakan kebenaran tidak akan menjadikan semua halangan ini alasan yang membantutkan cita-cita murni mereka untuk melihat perubahan berlaku dalam PRU 13 nanti,"ujarnya.

Dr Azman yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra Siswa/i DUN Jabi, yang diadakan di petang di Ma’ahad Tahfiz Wa Tarbiyyah, Matla’in Badrain, dekat sini, pada Isnin 4 Februari 2013. [Gambar Kanan]

Oleh itu, beliau menyeru seramai 45 mahasiswa yang hadir dalam majlis tersebut, supaya melaksanakan tanggungjawab untuk pulang pada PRU-13 dan mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

"Dengan istilah lain, satu undi kita adalah jihad dan sangat berharga serta akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pemerhatian dalam perkara penting sebegini perlu dalam bentuk yang bersungguh-sungguh dan penuh keprihatinan.

"Jika sebaliknya maka bersiaplah rakyat untuk menerima bahana besar andainya kelangsungan kuasa BN berterusan,"jelasnya yang turut mengungkap peringatan dalam al-Quran tentang perlunya, sebahagian umat Islam menuntut ilmu bagi memberi peringatan kepada masyarakat kampung, apabila tamat pengajian kelak.

bukanlah orang-orang yang beriman itu kesemuanya perlu keluar berjihad ke medan perang. Mengapa tidak ada segolongan dari mereka yang berangkat untuk menuntut ilmu supaya mereka memahami addin dan pulang nanti untuk memberi peringatan kepada manusia.

Tiada ulasan: