Rabu, 27 Februari 2013

Pelabur British saman bekas bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta

TERKINI @ 05:25:02 PM 27-02-2013
Oleh Nomy Nozwir
February 27, 2013
Peguam Hasnal (kiri) dan Kamarul pada sidang media. — Gambar Boo Su-LynPETALING JAYA — 60 pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

“Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport,” Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

“Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan,” katanya lagi.

Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zuraidah Kamaruddin: Pelabur menemui beberapa pemimpin negara — Mukhriz, Najib, Dr Mahathir … tiada sebarang tindakan diambil. — Gambar fail Choo Choy May“Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim,” kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini.

Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno.

Azim yang kini ketua bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009.

Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia.

“Sesetengah dokumen sengaja dibuat untuk menunjukkan suis tersebut menerima panggilan melalui mereka.

Semua klien kami percaya suis tersebut beroperasi, tetapi apabila mereka tiba di Malaysia, suis itu tidak wujud, mereka akhirnya tidak memiliki ekuiti di Doxport dan tidak memiliki suis tersebut,” katanya lagi.

Peguam itu menambah pelabur tersebut mensasarkan pendapatan melalui trafik panggilan yang dirakam oleh suis tersebut, yang Doxport mendakwa ia akan dilaksanakan di Malaysia, Vietnam dan Filipina.

“Para pelabur ditipu bahawa Doxport menjalankan perniagaan di Kemboja dan untuk memperkukuhkan kedudukan, mereka diminta untuk melabur, namun didapati Doxport tidak mempunyai lesen untuk beroperasi apa-pun di Kemboja,” katanya lagi.

Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan.

Azim — yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 — juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut.

Tiada ulasan: