Rabu, 27 Februari 2013

Himpunan BERSIH: Mat Sabu, 13 lagi bebas dari tuduhan

 
MALAYSIA KINI


 
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa himpunan BERSIH pada tahun 2007.

Laporan Harakahdaily menyebut, ia diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh hari ini.

Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua dalam tulisannya di Twitter berkata dua lagi individu, MP Padang Serai N Gobalakrishnan dan seorang lagi Mohamad Harith Fathillah didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram dan enggan bersurai.

Pada 10 Disember 2007 Mohamad Sabu dan 16 lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan tersebut berhubung perhimpunan rakyat anjuran BERSIH pada 10 November lalu.

Di samping itu, kesemua mereka, kecuali Tian Chua dan Mohamad Sabu, turut menghadapi tuduhan kedua, iaitu tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai.

Kesemua penyokong BERSIH itu didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Polis.

Tiada ulasan: