Sabtu, 23 Februari 2013

Abdul Hadi: Krisis Pentadbiran Kedah Hanya ‘Berita Pilihan Raya’


PAS Lancar Treler Jelajah 03

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu pergolakan pentadbiran PAS Kedah yang menjadi tumpuan media sebagai satu ‘berita pilihan raya’.

Dengan nada sinis beliau menegaskan, PAS sentiasa menyelesaikan masalah parti dan tidak seperti Umno-BN yang terpaksa ‘memanggil’ mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“(Penolakan Azizan) kita anggap sebagai berita pilihan raya. Biasalah orang PAS masuk Umno, orang Umno masuk Umno.

“Kita boleh juga kata krisis antara (Presiden Umno Datuk Seri) Najib dan (Timbalan Presiden Umno Tan Sri) Muhyiddin itu perlu disiarkan juga,” katanya selepas merasmikan treler ‘PAS Negara Berkebajikan’ di hadapan Ibu Pejabat PAS.

Laporan media semalam mendakwa 11 daripada 15 kawasan PAS negeri mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Ini kerana kegagalan beliau mentadbir Kedah selain menyelesaikan masalah dalaman PAS di peringkat negeri.

Menurut Abdul Hadi lagi, nama Azizan turut tersenarai di dalam nama calon bertanding pada PRU-13.
Beliau yakin rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan Negeri kini untuk terus mentadbir Kedah.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada ahli PAS Kedah berhubung pergeseran dalaman parti negeri.

Tiada ulasan: