Isnin, 18 Februari 2013

4 bekas jeneral mahu jelajah negara bongkar kezaliman Umno

Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Keempat-empat bekas pegawai tertinggi tentera akan menjelajah seluruh negara untuk membongkar kemungkaran pentadbiran Umno BN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Jeneral

“Terima kasih kerana mereka mahu menjelajah seluruh negara untuk pertahankan Pakatan Rakyat. Jelajah ini untuk bongkar kekejaman dan kezaliman Umno BN
“Umno mesti kata saya bayar mereka. Saya ingin jelaskan, tiada bayaran. Sepatah pun tidak ada perbincangan mengenai bayaran.

“Malah Datuk Ghafir sendiri mengatakan beliau tidak mahu apa-apa jawatan atau kerusi” katanya di sini, malam kelmarin.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan fitnah akan disebar terhadap keempat-empat jeneral itu kerana menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat.

“Pelbagai fitnah mungkin akan muncul terhadap mereka. Namun, saya yakin mereka boleh tangani kerana mereka ini berdarah pejuang,” katanya.

Tiada ulasan: