Sabtu, 16 Februari 2013

10 NGO Sepakat Tukar Kerajaan

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/10%20NGO1.jpgKUALA TERENGGANU - Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) bertekad untuk menukar kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Terengganu dan kerajaan pusat pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

NGO tersebut terdiri dari Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Anak Terengganu (GATE), Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Teregganu (Gempar),  Sekretariat Tuntut Royalti Terengganu (R), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma.

Wakil-wakil mereka menyatakan ikrar dalam ucapan masing-masing pada Majlis Ceramah NGO, Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong dekat sini pada Khamis malam, 14 Februari.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/haji%20yaakub.pngPengerusi KAWAN Terengganu,  Cikgu Haji Yaakub (Gambar kiri tengah) berkata, masalah kelahiran anak luar nikah semakin menjadi-menjadi menyebabkan masyarakat prorak poranda.

Katanya, kadar kelahiran anak tidak sah taraf tersebut sekarang adalah membimbangkan iaitu seorang bayi dilahirkan dalam masa 15 minit.

Beliau bersama rakan-rakannya berusaha untuk mennyelamatkan orang Melayu Islam khususnya, yang kata beliau, adalah golongan terbanyak menyumbang dalam masalah sosial itu.

Namun, katanya, cara yang paling mudah adalah, menukar kerajaan sedia ada sekarang.

"buat masa ini kita sudah jalankan (program) tetapi keadaannya agak terbatas, kepimpinan yang berbeza sekarang menganggap usaha KAWAN boleh menggugat kedudukan mereka,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/10%20NGO.jpg"cara yang paling senang untuk melihat kejayaan pada masa depan adalah cukup senang, iaitu tukar sahaja pemerintah yang ada pada hari ini,"tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Kerabat Terengganu, Kapt. (B) Zulkifli Muda (Gambar kiri bawah) mendedahkan, Umno dulu, kini, dan selamanya telah menipu  seluruh rakyat, termasuk benteng pertahanan negara, Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau berkata anggota tentera yang terlibat dengan misi pengaman antarabangsa juga telah ditipu oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah membayar tambang perjalanan, namun mereka terpaksa pulang sendiri ke tanah air dengan menggunakan wang saku masing-masing.

"saya sendiri terlibat dengan logistik di Bosnia Herzegovina, setiap misi (semuanya ada 6 misi MalBatt 1- 4, IFOR 1 & 2) di Bosnia hampir 8,000 orang (dan) semua kos ini ditanggung oleh PBB, tapi erangai sifat 'dulu, kini, selamanya' ini.....dengan rakyat pun dia (Umno) nak berniaga,

"setiap tempoh enam bulan anggota diberi peluang pulang bercuti, tambang telah dibayar oleh PBB kepada kerajaan Malaysia, tapi malang 'dulu, kini, selamanya'..... tambang tu terpaksa dibayar sendiri oleh anggota,"jelasnya.

Tiada ulasan: