Khamis, 10 Januari 2013

Ulama PAS bersama rakyat di HKR Sabtu ini

Salmiyah Harun,


KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.

Setiausaha Dewan Ulama Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulama akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

"Keadilan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli Ulama di peringkat cawangan, Dun dan kawasan untuk turun bersama pada hari bersejarah nanti.

Hari ini, pihak pengurusan Stadium Merdeka memberi kebenaran menggunakan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sekretariat himpunan menjangkakan sejuta peserta akan memenuhi Stadium Merdeka itu nanti.

Tiada ulasan: