Ahad, 13 Januari 2013

Malaysia Perlu “Dimerdekakan” Sekali Lagi


HKR stadium masjid jamek banner 02

KUALA LUMPUR  : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) semalam melakar sejarah yang mana kehadiran rakyat yang begitu ramai membuktikan bahawa mereka mahukan kemerdekaan kali ke-2.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Malaysia perlukan “kemerdekaan kali kedua” demi memulihkan kembali sistem demokrasi negara.

Beliau berkata kemerdekaan pertama yang telah dihasilkan Umno-BN pada 1957 telah disalahgunakan
dan sudah tiba masa gagasan itu ditukar setelah lebih 50 tahun mentadbir negara.

 HKR stadium hadi awang 01

“Penjajah asing sudah meninggalkan tanahair dan kita terima kemerdekaan dengan hakikat masyarakat majmuk.

“Rakyat beri kepercayaan lebih 50 tahun kepada gagasan Perikatan iaitu sekarang Barisan Nasional.

“Penjajah tidak ada tapi rakyat merempat, anak muda masih ramai menganggur. Harta negara disapu,” katanya dalam ucapannya di HKR 112 di Stadium Merdeka di sini hari ini.

Himpunan itu yang berlansung kira-kira tiga jam berjaya mengumpul 80,000 hadirin di dalam dan di luar stadium yang bersejarah itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kehadiran yang begitu besar di HKR112 menunjukkan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.

HKR stadium masjid guan eng 01

“Hari ini PR mengulangi impian kita bahawa Malaysia adalah milik 28 juta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.

Mengapa kita mesti percaya Umno-BN kerana hanya orang Melayu jaga Melayu, Cina jaga Cina, India jaga India, Iban jaga Iban dan Kadazan jaga Kadazan?

“Kita mahu buktikan bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan yang lain kita boleh jaga semua satu sama lain,” kata Guan Eng di dalam ucapannya.

Tiada ulasan: