Ahad, 27 Januari 2013

Lebih 100 Orang Sertai Konvoi 'R' Ke Parlimen Hulu Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/IMG_20130125_3.pngEditor BULETIN

HULU TERENGGANU - Hampir seratus buah motosikal dan dua puluh buah kereta  mengiringi Konvoi Seketariat Kembalikan Royalti Terengganu 'R'  ke parlimen Hulu Terengganu pada Jumaat 25 Januari.

Konvoi tersebut adalah dalam rangka Jelajah 'R' ke seluruh negeri betujuan menyampaikan maklumat dan memberi penerangan sebenar kedudukan pembayaran royalti minyak yang maih tidak dlunaskan oleh Pterosna dan kerajaan pusat sebagaimana yang terkandung dalam akta kemajuan petroliam 1974.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/IMG_20130125_5.pngMenurut anggota skuad BO, Syed solah Syed Hassan konvoi 'R' ke parlimen hulu Terengganu amat berjaya berdasarkan sambutan dan  sambutan komitmen yang diberikan oleh penyokong-penyokong 'R'.

Beliau yang jua Setiausaha Kerja 'R' mengucapkan jutaan terima kasih atas layannan baik dan hospitaliti penduduk Hulu Terengganu termasuk menyediakan makananan dan minuman kepada para perseta konvoi.

"Seketariat 'R' mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada emua penyokong 'R' di Hulu Terengganu. InsyaAllah, kami akan terus melaksanakan usaha memberikan penerangan dan maklumat dengan bertemu mata dan menyebarkan risalah kepada seluruh rakyat,

"sehingga mereka mendapat maklumat ternini dan faktar yang benar tentang pembayaran royalti minyak Terenganu,"ujarnya dalam nota media yang dihantar kepada BO.

Menurutnya, 'R' berazam akan meneruskan tuntutan hak rakyat daripada 'perompak' royalti sehingga ia dikembalikan kepada pangkuan rakyat dan kerajaan negeri Terengganu.

Menurutnya, 'R' akan meneruskan jelajah ke kawasan Besut dan Setiu pada minggu hadapan dan menyeru semua rakyat Besut dan Setiu agar dapat bersolidariti bersama-sama 'R'

Tiada ulasan: