Rabu, 23 Januari 2013

Gereja lapor polis risalah 'rancang' bakar Bible versi BM



 
Sebuah gereja Kristian di Butterworth membuat laporan polis hari ini selepas menerima risalah yang menyatakan bahawa akan ada satu "acara" untuk membakar Bible versi Bahasa Malaysia pada jam 10 pagi Ahad ini.

Risalah itu menjemput orang ramai menghadiri acara itu di hadapan Dewan Ahmad Badawi di padang Majlis Perbandaran Bagan Luar di Butterworth.

Risalah bersaiz A4 itu ditinggalkan dalam kotak surat gereja berkenaan.

Laporan tersebut dibuat oleh Rev John Kennady dari Gereja Aglican St Marks, Butterworth, di balai polis Butterworth pada jam 3 petang tadi.

Tidak dapat pasti sama ada risalah itu satu penipuan kerana ia tidak ditandatangani dan tidak menyatakan siapa penganjur acara yang dikatakan itu.

"Saya melihat risalah itu pagi ini dan memberitahu Bishop Ng Moon Hing. Kemudian saya membuat laporan polis," kata Kennady ketika dihubungi Malaysiakini.

"Pihak polis memberi berkerjasama. Mereka mengambil dokumen itu, dan berkata mereka akan menyiasatnya, dan juga memeriksa untuk mencari cap jari.

"Mereka juga berkata mereka akan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar gereja. Polis mengambil serius perkara itu kerana ia adalah isu sensitif," tegasnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi lewat petang ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sama ada menyebarkan khabar angin atau terlibat dalam acara yang dikatakan dirancang untuk membakar Bible versi Bahasa Malaysia.

Tiada ulasan: