Rabu, 31 Oktober 2012

Kerajaan Selangor Saman Utusan Atas Artikel PKNS




SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Tuduhan ‘Creative Accounting’ Di Selangor Tidak Berasas




SHAH ALAM : Tuduhan bahawa Kerajaan Selangor mengamalkan “creative accounting” adalah melampau dan tidak berasas kerana kesahihannya telah diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Menurutnya, ia selaras dengan piawaian perakaunan berasaskan “International Public Sector Accounting Standards – Financial Reporting Under Cash Basis Accounting”.

Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum ini menyatakan Penyata Kewangan Kerajaan Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.

Laporan tersebut juga mengatakan rekod perakaunan Kerajaan Selangor telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

“Kerajaan Negeri mengambil berat tuduhan bahawa Negeri Selangor mengamalkan “creative accounting” atau mengubah suai akaun kedudukan kewangan negeri yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

“Tuduhan yang dibuat oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional adalah tidak bertanggungjawab dan tidak benar sama sekali.

“Ia juga memperkecilkan keupayaan Ketua Audit Negara dan kakitangan awam yang bekerja keras menyediakan laporan dengan penuh tertib dan profesional.

“Walaupun terdapat isu yang boleh dilaporkan dengan baik terutama isu Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Universiti Selangor (Unisel), Kerajaan Negeri berpendapat keseluruhan laporan tersebut tidak patut dipersoalkan.”

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Selain itu, katanya, Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang digunapakai bagi mengakaunkan semua urusniaga bayaran dan terimaan adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengingatkan kakitangan awam supaya mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan tugas serta berjimat cermat meluluskan perbelanjaan.

“Ini antara faktor yang menjadikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri diklasfikasikan sebagai “baik” oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

“Kerajaan Negeri berharap tuduhan palsu ini tidak menjejaskan komitmen kakitangan awam untuk membantu menguruskan pentadiran negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Chua membisu, Pemuda PAS mahu menghadap Agong

 
Satu gerakan himpunan besar-besaran sedang diatur ke Istana Negara dan menghantar memorandum meminta supaya Yang DiPertuan Agong campur tangan dalam isu ini.



PETALING JAYA: Selepas seminggu gesaan supaya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf kepada umat Islam kerana menghina hudud dipandang sepi, Pemuda PAS merancang untuk menyerahkan isu ini kepada Yang DiPertuan Agong.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya kini sedang mengatur satu gerakan himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan menghantar memorandum meminta supaya Agong campur tangan dalam isu ini.

Tindakan itu dilakukan selepas Pemuda PAS, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan NGO Jingga 13, serta 150 penyokong mengadakan perhimpunan aman di hadapan Wisma MCA 24 Oktober lalu menggesa Chua memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam dan menarik balik kenyataannya sebelum ini.

“Bagi kami, sudah sampai masanya untuk Yang Di Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam perlembagaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Pemuda PAS merancang untuk menyampaikan aduan ini dalam masa terdekat sejurus selepas Agong berangkat pulang daripada menunaikan Haji.

Chua sebelum ini dilaporkan berkata 1.2 juta rakyat Malaysia terdedah risiko pengangguran jika hudud dilaksanakan.

Malah dalam ucapannya di Perhimpunan Agung ke-59 MCA, Chua mendakwa hudud adalah mustahil kerana lapan daripada 11 buah negara yang melaksanakan hukum itu antara negara paling korup, tidak stabil, dan tidak selamat.

Awang Adek: Pelabur Genneva 35,000 orang


 
Timbalan Menteri Kewangan menafikan bahawa jumlah pelabur sehingga 80,000 orang.



KUALA LUMPUR: Kerajaan percaya jumlah pelabur dalam skim dagangan emas Genneva Malaysia hanya merupakan 35,000 orang dengan pelaburan antara RM4 bilion hingga RM10 bilion.

“Maklumat yang saya peroleh setakat ini 35,000 pelabur dikesan melibatkan pelaburan lebih dari RM 4 bilion dan mencecah RM10 bilion,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Beliau menafikan kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terdapat 80, 000  pelabur yang terlibat di dalam skim ini.

Aset Syarikat Genneva Malaysia telah dibekukan oleh Bank Negara Malaysia sejak awal bulan ini kerana disyaki mengumpul wang deposit secara haram dan pelbagai kesalahan kewangan.

Awang Adek turut menyatakan sebelum ini menyenaraikan langkah-langkah kesedaran yang diambil kerajaan agar rakyat tidak tertipu dengan skim sebegini yang beliau sifatkan sebagai mempunyai nilai sentimental.

“Perniagaan ini berselindung di sebalik perniagaan emas dan mempunyai tarikan sentimental maka pengguna merasakan perniagaan emas betul,” kata beliau.

Beliau turut menyatakan Bank Negara Malaysia perlu bertindak secara seimbang dalam mengambil tindakan terhadap syarikat pelaburan sebegini.

“Bank Negara tidak boleh terus masuk. Kita kena imbangi tak terlalu cepat dan tak terlalu lewat. Kalau terlalu cepat, akan dimarahi pelabur,” kata Awang Adek.

Serangan Umno BN Tak Gugat S’ngor, Audit Iktiraf Negeri Terbaik

 
KELAB GREENBOC

Serangan Umno BN terhadap kerajaan Selangor hanya omong kosong dan gagal menafikan penarafan Laporan Audit 2011 ke atas negeri itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan Selangor merupakan negeri terbaik di bawah kelolaan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas menafikan segala tohmahan terhadap pemerintahan kerajaan negeri,” katanya depan 5,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Bandar Baru Batang Kali, kelmarin.

Pengerusi KEADILAN Negeri itu berkata, anggota parti bersama pimpinan Pakatan Rakyat harus mempertahankan segala usaha Menteri Besar selama ini.

“Kenapa kita mesti pertahankan Tan Sri Khalid? Ini kerana beliau telah berusaha sepenuh hati merakyatkan ekonomi negeri.

“Kekayaan negeri telah beliau agihkan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat negeri, sekaligus memberi kesenangan dan menyenangkan rakyat yang selama ini terpaksa hidup dalam tekanan sepanjang pemerintahan kerajaan korup Umno BN,” katanya disambut sorakan hadirin.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menyelar dakwaan tidak berasas Umno BN bahawa pemberian air percuma mengakibatkan Selangor kehabisan air.

“Masalah kita bukan tidak ada air, air sentiasa ada. Masalah kita adalah ketiadaan air untuk dirawat.

“Itupun bukan salah kerajaan negeri, tapi salah Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor). Syabas di bawah arahan Umno BN telah sabotaj kita (kerajaan negeri) supaya air yang sedia ada tidak dapat dirawat dan ia menyebabkan kita gagal membekalkan air yang berkualiti untuk rakyat,” kata Azmin.

Beliau turut menempelak kenyataan beberapa pimpinan tertinggi BN yang mendakwa negara akan hancur jika dipimpin Pakatan Rakyat.

“Mereka kata kita tidak ada pengalaman, saya nak beritahu mereka, ya memang kita tidak ada pengalaman. Tapi pengalaman apa? Kita tidak ada pengalaman menyumbat lembu ke dalam poket sendiri.

“Kita juga tidak punya pengalaman dalam aktiviti membekalkan projek-projek untuk anak beranak serta kroni, mengkayakan sesama sendiri dengan menyeleweng wang rakyat.Ya, kita tidak pernah ada pengalaman itu,” sinis Azmin lagi.

Khalid & Azmin Dalam Sidang Media Bersama Isu Air - RM500 juta Duit Rakyat Diselamatkan


KELAB GREENBOC

Tarif air: Selangor selamatkan RM500 juta duit rakyat Meskipun baru empat tahun Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor, negeri itu berjaya menyelamatkan RM500 juta wang rakyat daripada ‘diratah’ Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Pusat dalam pengurusan industri air.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil daripada tindakan kerajaan negeri menyekat perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Pusat dengan Syabas.

“Kita lakukan penyusunan semula (industri air) ini untuk (kenaikan) tarif air yang akan dikenakan oleh Syabas. Hingga empat tahun ini, menerusi penyusunan semula tersebut, sekurang-kurangnya rakyat Selangor sudah tidak perlu bayar hampir RM500 juta.

“Kalau ikut kenaikan tarif, kami telah selamatkan RM500 juta duit rakyat di tiga kawasan iaitu Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bertegas untuk membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan jumlah penghasilan air di loji rawatan walaupun Kerajaan Pusat berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

“Dari keluaran 4.8 juta liter sehari, kita dapati 33 peratus atau lebih 1.5 juta sehari air terawat tidak digunakan (NRW).

“Kalau kita selesaikan masalah air terawat, kita tidak memerlukan loji Langat 2. Memandangkan kos teknologi membran lagi murah iaitu RM800 juta dan kos Langat 2 adalah RM300,000 juta,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang turut sama dalam sidang media itu berkata, kerajaan Umno zalim dalam perjanjian air bersama Syabas yang hanya ‘membunuh’ rakyat.

“Saya nak rujuk data rasmi yang terkandung dalam perjanjian konsesi sedia ada di mana Syabas ada kelulusan daripada Kerajaan Pusat untuk naikkan tarif air kepada 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012,” kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.

“Kalau Kerajaan Pakatan tidak menyekat kenaikan ini, bermakna pada 2012, ada pertambahan sebanyak 25 peratus menjadikan harga air di Selangor, sebanyak RM2.8 per meter padu.

“Kemudian dalam perjanjian sama, kenaikan tambahan daripada 20 peratus pada 2015, dan 10 peratus pada 2018, dan bermakna pada 2018, rakyat Selangor perlu bayar RM3.15 per meter padu dan harga ini akan melonjak naik kepada RM3.83 pada 2030,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.

Wang hantaran deejay Hot FM Terengganu lesap

RUBIAH OMAR
Wang hantaran deejay Hot FM Terengganu lesap
Bell menunjukkan tempat dia menyimpan sampul surat berisi wang hantaran perkahwinannya. 
 
KUALA TERENGGANU-  “Wang yang disamun itu bakal saya jadikan wang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung pada 10 November depan.”

“Saya kini pening memikirkan untuk mencari wang gantian bagi meneruskan majlis perkahwinan ini dengan pasangan saya iaitu Durani Hanum Yusof, 26, kerana masa agak suntuk,” demikian luahan seorang penyampai radio Hot FM Terengganu, Mohd Hermansani Aminudin, 29, atau lebih dikenali sebagai Bell.

Wang hantaran perkahwinan Bell yang bernilai RM5,000 telah lesap dilarikan dua lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dalam satu kejadian samun di Jalan Pusara, di sini, awal pagi tadi.

Menceritakan detik-detik mencemaskan itu, Bell berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, semasa dia dalam perjalanan pulang dari sebuah bank di bandar raya ini untuk ke sebuah warung di Jalan Kamaruddin, di sini, dengan memandu kereta.

“Sebelum kejadian, saya telah ke sebuah bank untuk mendepositkan wang hantaran perkahwinan ini namun sebaik tiba di bank terbabit, saya mendapati sudah tutup.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk singgah di sebuah warung di Jalan Kamaruddin dengan menggunakan jalan pintas itu iaitu di Jalan Pusara, di sini,” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, semasa tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta dipandunya telah dipotong oleh sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki sebelum penunggang itu menjatuhkan motosikal di hadapan keretanya.

“Pada mulanya, saya menyangkakan yang saya telah terlanggar mereka berdua lalu terus memberhentikan kereta dengan niat untuk membantu dan meminta maaf.

“Bagaimanapun sejurus keluar dari kereta, saya diserang oleh kedua-dua lelaki itu dengan salah seorang daripada mereka mengacukan sebilah pisau lipat ke arah perut saya manakala seorang lagi menyelongkar di dalam kereta sebelum mengambil sampul surat tertera tulisan ‘wang hantaran perkahwinan’,” katanya.

Jelasnya lagi, sejurus mengambil sampul surat itu, salah seorang suspek telah membuka pintu belakang kereta lalu menolaknya ke dalam sebelum melarikan diri.

Menceritakan lebih lanjut Bell berkata, sejak dari awal bulan lalu lagi semasa pulang dari tempat kerja dia mengesyaki seseorang mengekorinya, namun apabila dimaklumkan kepada rakan setugas, rakannya itu dengan nada bergurau memberitahu individu terbabit berkemungkinan peminatnya.

“Jadi, saya tidak mengendahkan sangat semua itu dan saya tidak mahu menuduh sesiapa. Saya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis sepenuhnya untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dua suspek berkenaan menggunakan sarung tangan, helmet dan penutup muka telah mengacukan sebilah pisau lipat sebelum menyamun mangsa.

“Kami kini sedang memburu kedua-dua suspek itu dan kes berkenaan kini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan merompak,” katanya.

Najib: 'Saya tak marah PR kejar jawatan PM'

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka berkata beliau tidak “marah” jika pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu mengejar jawatannya ataupun mana-mana kedudukan kerajaan tetapi tidak mahu mengkhianati negara.

“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira,” kata beliau ketika berucapa merasmikan Perhimpunan Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri di Pantai Merdeka di sini, hari ini.

Beliau berkata, PR tidak seharusnya melakukan dasar-dasar yang boleh memusnahkan segala-galanya yang dibina dengan susah payah selama ini.

“Jangan musnahkan segalanya semata-mata nak mengejar undi di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
“Saya percaya orang Kedah sudah bersedia untuk melakukan perubahan sekali lagi. Kita sudah sedar bahawa apa yang kita hasratkan itu pergantungannya adalah pada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan cadangan PR mahu memansuhkan hutang jika berjaya menawan Putrajaya akan membuatkan ekonomi negara lumpuh.

Katanya, selain cadangan pembangkang itu dan pelan mahu menghapuskan tol, menaikkan gaji minimum pekerja dan mengurangkan harga minyak, boleh membuatkan ekonomi merudum.

“Kalau ekonomi kita merudum, golongan penternak, nelayan dan petani tidak akan mendapat subsidi, tidak akan mendapat insentif dari kerajaan sebab hasinya juga akan merudum.

“Saya katakan perkara ini sebab saya sebagai Menteri  Kewangan saya amat faham,” katanya.

Najib menambah, “mengendalikan urusan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dalam bentuk kita boleh ikut suka hati kita menyedapkan telinga pengundi semata-mata.”

Malah, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tindakanPR untuk memansuhkan hutang bukanlah mengikut ajaran Islam.

“Walhal dalam Islam kalau kita meninggal dunia, wajib kita lunaskan hutang. Kalau kita tak sempat, waris-waris kita kena lunaskan.

“Sebab, kalau kita mati tanpa melunaskan hutang, berat pada roh kita nanti, berat seksa nanti. Tetapi pembangkang senang-senang kata hapuskan hutang. Ini bukan ajaran Islam,” katanya.

Najib berkata, ajaran Islam mendidik manusia pada jalan yang benar dan betul.

Dua puluh lima tahun kemudian, keakraban dalam kesusahan

Oleh Liew Chin Tong



Kesusahan yang dirasai bersama di antara DAP, PAS dan pemimpin-pemimpin masyarakat sivil pada tahun 1987 secara ironinya membentuk azam kuat untuk perubahan dan keakraban yang erat untuk melihat ianya tercapai.

Hari ini 25 tahun yang lalu, iaitu pada 27 Oktober 1987, adalah tarikh berlakunya salah satu titik hitam sejarah Malaysia apabila 106 ahli politik dan aktivis sosial ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang. Manakala permit cetakan tiga suratkhabar iaitu The Star, Sinchew dan Watan pula ditarik balik.

Tindakan keras pihak berkuasa mengejutkan seluruh negara serta menandakan berakhirnya fasa pertama kepimpinan Tun Dr Mahathir Muhamad sejak tahun 1981 yang bergolak dan sering disalah anggap sebagai demokratik. Dr Mahathir menggantikan Tun Hussein Onn dengan sokongan yang lemah di dalam Umno dan hampir tiada sesiapa untuk dipercayai.

Dengan meletakkan Musa Hitam bertanding menentang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Timbalan Presiden Umno untuk tahun 1981 dan 1984, Dr Mahathir berjaya melengah-lengahkan masa dan memberikannya ruang. Tetapi semua perbuatannya itu melantun kembali pada 1987 apabila Tengku Razaleigh berkerjasama dengan Musa untuk mencabar gabungan Dr Mahathir-Ghafar Baba.

Pemilihan pada 24 April memperlihatkan kekalahan Tengku Razaleigh kepada Dr Mahathir dengan hanya 43 undi, selepas berlakunya insiden terputus bekalan elektrik yang meragukan di pusat kiraan undi.

Umno terus dalam keadaan gelabah selepas pemilihan parti, dengan legitimasi Dr Mahathir telah benar-benar tercalar. Penyingkiran penyokong Team B yang terdiri daripada Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Shahrir Samad dan Radzi Sheikh Ahmad daripada kabinet dan kerajaan menambah ketidakstabilan keadaan ketika itu.

Sekalipun sokongan terhadapnya adalah lemah, gaya pemerintahan Dr Mahathir tidak gemar mengamalkan perundingan. Tambahan pula, berbagai-bagai ide yang beliau paksakan yang selalunya tidak begitu masak, menyebabkan skandal kewangan yang besar dan pelbagai; hanya dalam tempoh beberapa tahun pemerintahannya. Muncul aktivisme masyarakat sivil di kalangan penduduk bandar yang kritis dan tajam pemerhatian.

Gerakan kebangkitan Islam telah lahir sebagai tempat berkumpulnya orang-orang yang benci dengan sikap materialistik mahu kaya cepat Umno.

Selain itu, Dr Mahathir bukan sahaja melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Umno, beliau juga mempergunakan sentimen kaum terhadap satu sama lain. Pada Oktober 1987, pejuang pendidikan Cina bergerak menentang dasar yang meletakkan guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin untuk mengetuai sekolah Cina. Sebagai tindak balas Pemuda Umno dikerahkan untuk mengapi-apikan sentimen Melayu.
Di antara bulan April sewaktu pemilihan Umno dan bulan Oktober, pentadbiran Mahathir bergerak tanpa hala tuju jelas apabila lawannya di dalam parti telah pun memulakan kempen untuk menjatuhkannya pada pemilihan parti tiga tahun berikutnya.

Keretakkan semakin jelas dan suasana semakin tegang.

Pada 18 Oktober, berlakunya kejadian amuk dengan senjata M16 oleh Prebet Adam di Chow Kit sedang Pemuda Umno merancang untuk sebuah perhimpunan pada 1 November bagi mempamerkan kekuatan mereka.

Dr Mahathir menyambar peluang yang tepat pada masanya. Pada 27 Oktober, Ops Lalang dilancarkan untuk menahan pengkritiknya yang paling lantang termasuklah Ketua Pembangkang ketika itu, Lim Kit Siang dan 16 wakil rakyat DAP. Bukan sahaja Dr Mahathir melumpuhkan pembangkang, beliau menakut-nakutkan negara dan yang lebih penting, musuhnya di dalam Umno. (Dalam skala yang lebih kecil, hampir sama dengan penahanan aktivis Reformasi pada April 2001 yang bertujuan menghidupkan semula kekuasaan Dr Mahathir selepas pentadbirannya terjejas selama setengah tahun, selepas kekalahan ketika Pilihan Raya Kecil di kawasan berbilang kaum Lunas pada 21 November 2000)

Suku abad kemudian, sambil kita melihat kembali kem tahanan besar-besaran 1987 Dr Mahathir di kala terlihat sebuah peluang besar untuk perubahan kerajaan, boleh dirasakan semacam satu keadilan puitis apabila Operasi Lalang nampaknya telah “meyatukan” penentang-penentang Barisan Nasional dan memberikan mereka azam yang kuat untuk menentang habis-habisan.

Lim Guan Eng, Mat Sabu dan ramai lagi merupakan aktivis muda pada waktu itu, di saat parti-parti pembangkang dan pelbagai gerakan menentang Barisan Nasional atas tujuan yang berbeza dan seringkali bercanggah sesama sendiri.

Tetapi di Kamunting, tidak kira demi apa pun perjuangan mereka, mereka ditahan di sebalik tirai besi sebagai manusia dan rakyat Malaysia. Mereka mula sedar bahawa Barisan Nasional menuai hasil lumayan daripada ketegangan kaum dan agama untuk menghancurkan musuh politiknya.

Perikatan pemerintah mengawal sumber-sumber media untuk menetapkan agenda berpihak kepada golongan berkuasa. Dengan sumber kewangan yang melimpah ruah serta undang-undang drakonian BN, pembangkang dipecahbelahkan dan ditakluk. Satu-satunya cara untuk membebaskan diri daripada semua itu adalah dengan mencari titik persamaan dan berjuang untuk pendemokrasian politik.

Ini adalah salah satu sebab yang  harus diberi perhatian dalam mengenang Oktober 1987. Itu beserta kesengsaraan mereka yang ditangkap dan kesedihan keluarga mereka, yang tidak merana dengan sia-sia.

Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua. – Roketkini.com

Pejabat Teo Nie Ching pula diceroboh

Roketkini.com


 KUALA LUMPUR: Pejabat Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching kehilangan sebuah komputer dan mesin cetak setelah dipecah masuk awal pagi ini. Penceroboh walau bagaimanapun tidak mengambil wang tunai bernilai RM400 di dalam laci, sebaliknya hanya berminat dengan komputer pejabat tersebut.

Menurut Nie Ching, kejadian ceroboh pejabat Pusat Khidmat Balakong di Taman Duta Mas yang turut dikongsi bersama dengan Ahli Majlis MPKJ Bryan Lai disedari pada jam 10.45 pagi oleh pekerjanya adalah kejadian jenayah kali ke dua terhadapnya dalam tempoh empat bulan.

“Sebelum ini kereta saya telah dipecahkan di Kajang pada 13 Julai lepas. Saya sudah melaporkan kejadian ini pada polis tapi masih belum mendapat apa-apa respon terkini”

Nie Ching turut pernah menerima ugutan di pejabatnya di Seri Kembangan pada Januari 2011, apabila menemui bangkai ayam yang telah disembelih beserta ugutan yang mengancam keselamatan beliau.

Kejadian pecah masuk dan khianat ke atas pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan NGO bukanlah kali pertama dilaporkan.

Pada bulan Mei lalu, Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang telah dipecah masuk menyebabkan beberapa dokumen penting dan komputer hilang.

Kejadian yang sama juga turut berlaku ke atas Pusat Khidmat ADUN PKR Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin pada 15 Oktober lalu. Percubaan pecah masuk turut berlaku ke atas pejabat Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan pada bulan Mei lepas.


Selain itu, banyak pejabat dan pusat khidmat DUN dari Pakatan Rakyat terutamanya DAP telah diperlakukan dengan tindakan khianat seperti dibaling cat merah dan terkini kejadian baling batu sehingga menyebabkan beberapa keeping tingkap kaca Ibupejabat DAP Negeri Perak pecah. – Roketkini.com




 

Pembangunan tanah Yayasan Selangor telus

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Yayasan Selangor ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanahnya kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Demikian ditegaskan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah).

Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV.

Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata.

Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara "runding terus" semasa zaman BN tidak lama dahulu.

PKR Selangor tawar Wan Azizah 4 kerusi

AHMAD NORMAN ABU TALIB

seri muda

SHAH ALAM - PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk ditandingi Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.

Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.

“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.

“Buat masa ini kita belum terima sebarang arahan tepat daripada (PKR) Pusat berhubung perkara ini dan ia hanya dinyatakan oleh Wan Azizah yang saya anggap sebagai salah satu strategi parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Walau bagaimanapun katanya, soal kerusi mana yang bakal ditandingi kelak hanya akan ditentukan oleh kepimpinan PKR Pusat.

"Tawaran kerusi-kerusi tersebut berdasarkan rekod baik dan saya sendiri selaku penyandang Seri Muda sedia memberikan memberi laluan jika presiden mahu bertanding di negeri ini.

“Apa yang penting semua ahli dan jentera parti akan bekerja 100 peratus bagi memastikan kemenangan parti dan presiden,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Wan Azizah belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding di Dun Selangor atau Pulau Pinang.

Beliau menyatakan kesediaan itu dengan menyifatkan pilihannya itu berdasarkan kepada pilihan peribadi.

Shuhaimi berkata, PKR Selangor menyokong sepenuhnya sebarang keputusan Pusat tentukan bagi menghadapi PRU akan datang.

PAS minta statistik samun bersenjata 2007-2011

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Mohd. Nasir Zakaria [PAS-Padang Terap] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik samun bersenjata dari tahun 2007 hingga 2011; dan anggaran kerugian akibat samun dan jumlah tangkapan mengikut tahun.
 
Pertanyaan bagi jawab lisan itu dikemukakan beliau pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Lain-lain ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan jumlah terkini rumah perlindungan wanita yang dibiayai oleh Kerajaan dan berapakah peruntukan yang telah disediakan setiap tahun.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pelajaran menyatakan perkembangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk UPSR dan PMR.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah hutang terkumpul isi rumah nisbah KDNK dan berapakah jumlah hutang tak berbayar (NPL) isi rumah dalam sistem perbankan sehingga kini.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah aktiviti aktiviti YADIM dan berapakah jumlah mereka yang telah memeluk Islam hasil daripada usaha mereka.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan perbelanjaan pengurusan Tabung Haji untuk tahun 2009, 2010 dan 2011 seperti berikut:-

(a) elaun, gaji dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah (TH); dan
(b) gaji, elaun dan kemudahan lain serta terma-terma perjawatan yang dinikmati oleh pihak pengurusan tertinggi TH mengikut pecahan gred dan pangkat.

Marilah kita hukum MCA dan Umno pada PRU13

Khalid Samad,
PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang bekerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi.

Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi diputar belit sebaliknya sebagai usaha ‘bail-out’ untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN.

Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam.

PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam.

Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri.

PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur PAS.

PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya.

Pada masa yang sama, ianya merupakan ‘red herring’ atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada di hadapan mereka. Persoalan yang berada di hadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma.

Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik ‘red herring’ ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka.

Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama.

PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang di sebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrem. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN.

Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang.

Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam.

WaLlahu 'Alam

Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijik Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Staff Berita Semasa
 
Gred J17 Kakitangan Awam Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijik Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Sehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?

Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :
  1. Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah…..
  2. Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.
  3. Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga…
Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-
  • i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.
  • ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.
  • iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.
Hasilnya? Sungguh mengecewakan….
 
Gaji J17 Juruteknik Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijik Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Sekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.

skim J17 Awam Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijik Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun? 

Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.
Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.
Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002 :
  1. adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002
  2. sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27
  3. sudah termaktub dalam  Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan
  4. jadi untuk apa diteruskan?
Jawatan J17 Awam Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijik Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?

Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan  isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30tahun?

Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.

P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap  perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?

Lembah Sireh: Ombak hanya setaraf dengan Najib

Abdul Latif Abdul Rahman,

Saya menyifatkan tindakan sebuah Pertubuhan badan bukan kerajaan pro UMNO, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) yang menggesa Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melepaskan jawatan beliau berhubung isu Lembah Sireh hanyalah merupakan satu retorik dan bertujuan untuk mengalihkan isu terhadap kegagalan UMNO mengurus tadbir beberapa projek di negeri Kelantan.

Sekalipun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan oleh pihak kerajaan negeri, Ombak kelihatan masih berdegil untuk meraih publisiti dengan mengadakan perhimpunan haram di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Isnin lepas bersama-sama Pemuda Umno Kelantan yang jelas menjadi tulang belakang kepada pergerakan Ombak.

Pada saya, Ombak hanyalah merupakan pertubuhan bukan kerajaan alat Umno yang hanya berani mengadakan perhimpunan tetapi menghilangkan diri apabila dipelawa untuk berdebat dan berhujah.
Buktinya pada 16 Mei 2011, Ombak pernah berdemonstrasi di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim bagi berhubung dakwaan penyelewengan projek Ladang Rakyat, namun apabila dipelawa untuk berdebat, langsung tiada wakil daripada Ombak mahupun Pemuda Umno yang sanggup tampil ke hadapan.

Barangkali Ombak dan Pemuda Umno hanya mencontohi sikap Presiden Umno yang sampai sekarang enggan tampil untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang.

Saya mencabar Ombak untuk turut berdemonstrasi dalam isu projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan yang masih belum siap sekalipun telah dimulakan pembinaan lima tahun yang lampau.

Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan ini telah menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Tidakkah projek ini juga ditegur oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011?

Di mana OMBAK apabila Jambatan Manek Urai yang telah dijanjikan oleh Umno dan Barisan Nasional semenjak tahun 2009 sehingga ke hari ini masih belum siap?

Di mana Ombak apabila Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed mengumumkan bahawa jumlah wang ehsan yang diterima ialah sebanyak RM61.8 juta berbeza dengan angka yang diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang menyatakan bahawa sebanyak RM24 juta setahun telah diterima dan ini bermakna berjumlah RM72 juta sejak 2010.

Kenapa kedua-dua angka ini berbeza? Jika angka Awang Adek benar, ke mana perginya sejumlah lebih RM10 juta lagi? Saya mendesak Ombak maupun Pemuda Umno Kelantan mengeluarkan kenyataan dalam isu ini.

Demikian juga dengan isu pendedahan 2 keping cek yang berjumlah RM 80,000 secara keseluruhannya atas nama Datuk Dr Awang Adek Hussein dan didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Kenapa terdapat transaksi wang yang sebegitu besar oleh sebuah syarikat yang berkepentingan ke dalam akaun beliau pada ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia?

Isu ini didedahkan pada Ogos lepas dan sehingga ke hari ini masih belum terdapat sebarang penjelasan daripada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ini. Di manakah Ombak dalam isu ini?

Juteru pada saya, Ombak hanyalah kuda tunggangan Umno dan Barisan Nasional untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu penyelewengan yang lebih besar membabitkan pemimpin mereka.

Dalam isu Lembah Sireh, saya yakin, penjelasan daripada kerajaan negeri tidak akan diberikan liputan oleh media massa milik mereka kerana motif sebenar Ombak mahupun Umno hanyalah untuk menutup mata rakyat daripada melihat hakikat yang sebenar.

Sekian.

Salam hormat,
ABDUL LATIFF BIN ABD RAHMAN,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Jelajah bongkar skandal Scorpene ke Johor

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Siri jelajah membongkar rahsia pembelian Scorpene anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan diteruskan ke Johor, 4 November ini.

Ceramah Perdana Jelajah “Le Tour De Scorpene” Zon Selatan akan diadakan di Perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Pasir Gudang, Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang bermula jam 9 malam.

Selain Penyelaras SAMM, Badrulhisham Shahrin, ceramah akan turut menampilkan tokoh politik anak muda iaitu Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiyat, Ketua Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin dan Penyelaras Parlimen PKR MuarPenyelaras Parlimen PKR Muar, Nor Hizwan Ahmad.

Mereka akan duduk sepentas dengan Pengerusi PKR Negeri Johor, Chua Jui Meng, Pengerusi Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel dan peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya,  akan diadakan taklimat tertutup yang dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Taklimat yang bermula jam 2 petang di Pejabat Majlis Pimpinan PKR Negeri, Bandar Baru Uda itu menyasarkan sekurang-kurangnya 250 penceramah sekitar Johor yang akan menguasai isu ini.

Taklimat akan menggunakan video untuk mendedahkan semua fakta dan dokumen berkaitan manakala semua peserta akan mendapat kit ceramah lengkap mengenai isu ini yang mengandungi fakta serta bahan bukti bagi membolehkan mereka menerangkan kepada orang ramai.

Soi Lek: Pemuda PAS rancang mengadap Agong

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) berkata isu penghinaan berulang kali yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam serta perundangannya bukan satu perkara baru.

Ekoran itu, katanya pada 24 Oktober lalu, DPPM telah menyerahkan satu memorandum kepada Chua Soi Lek yang memintanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang menghina hudud.

Namun, ujarnya DPPM merasakan memorandum yang dihantar seakan-akan ‘dibakulsampahkan’ oleh Chua dan pimpinan MCA.

Di dalam memorandum tersebut, jelasnya DPPM telah memberikan tempoh kepada Chua selama seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang menghina hudud.

“Dengan ini Dewan Pemuda PAS Malaysia memaklumkan bahawa tempoh yang diberikan telah tamat.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia kini sedang mengatur satu gerakkan himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan berusaha untuk menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya DPPM merancang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan aduan itu dalam masa yang terdekat sejurus selepas baginda berangkat pulang daripada menunaikan fardu haji.

PAS N9 siap sedia terima peserta Himpunan Rakyat

Harakahdaily,
 
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke negeri ini sempena program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad berkata dua lokasi berkumpul telah disediakan iaitu di Markaz MTD DUN Chembong, Kampung Mulia dan Markaz PR DUN Seri Menanti, Terachi yang akan dibuka bermula jam 3 petang.

"Bagi memudahkan perjalanan, semua ahli dan penyokong PAS digalakkan hadir secara berkonvoi.

"Berkenaan dengan kemudahan lokasi, boleh menggunakan lebuhraya PLUS susur keluar (exit) Senawang manakala stesyen komuter yang terdekat ialah Stesyen Komuter Sungai Gadut yang jaraknya ke lokasi program 1.5 kilometer," katanya.

Himpunan yang akan di adakan di Taman Seremban Jaya, Seremban itu akan bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Program tersebut akan dihadiri oleh semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dijangka lebih 50,000 ahli, penyokong dan rakyat tempatan hadir ke program itu nanti.

Sementara itu juga, PAS Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah mobilasi di beberapa kawasan sebagai persediaan menjelang himpunan itu nanti.

Kawasan ceramah tersebut seperti berikut:

1) 31 Oktober 2012 - 9 Malam - Pasti Al-Hasanah, Bandar Seremban Selatan (YB Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard Samm, Fareedah Samad, Tuan Speaker)

2) 31 Oktober 2012 - 9 malam - Pasti al-Mawaddah Warisan Puteri, Seremban ( YB Wilfried Bumbering (MP Tuaran) , YB Ahmad Kasim (MP Kuala Kedah) YB John Fernandaz (MP Seremban) YB Loke (MP Rasah) YB Aminuddin (ADUN Sikamat)

3) 1 November 2012 - 9 Malam - Kampung Gedok, Gemencheh, Tampin (Yb Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard, Bob Lokman, Yb Veerapan (ADUN Repah)

4) 1 November 2012 - 9 Malam - Markaz MTD Labu, Sepang Road, Jalan Salak, Nilai (Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Mohd Khairil Wafa, Nazree Yunus, YB Cha Kee Cin (ADUN Kepayang)

5) 1 November 2012 - 9 Malam - Muassasah Darus Syarif, Jalan Batui Kikir-Bahau, Jempol (YB Siti Zailah (MP Rantau Panjang) Aishah (artis) Aiman Athirah , Kumuta , Fareedah Samad)

Kerjasama Honda – Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar….

 Staff Berita Semasa
 
Honda Proton DRB Hicom Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....

Kalau sebelum ini, Proton (Proton Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti sekejap sebelum Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Proton Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010.

Tetapi…

Tetapi…..Kerjasama Proton dengan Mitsubishi tidak boleh terus disamakan dengan apa yang dilaporkan dikebanyakan berita baru-baru di mana akan berlakunya kerjasama antara Proton dan Honda. Hakikatnya, Mitsubishi hanyalah “small player” yang mana mereka belum ada tapak di Malaysia. Pengikut & pelanggan mereka mungkin ada tetapi tidak segah Honda & Toyota di Malaysia. Itu sebablah lahir kerjasama Mitsubishi dengan Proton, sekurang-kurangnya mereka dapat “sesuatu” apabila bekerjasama dengan pembuat kereta tempatan seperti Proton.

DRB Hicom Proton 150x150 Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....
 Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing untuk anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd.
DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, satu Perjanjian Kerjasama membabitkan Proton Holdings dan Honda Motor sudah dimeterai. Konglomerat itu berkata, perjanjian berkenaan membolehkan Proton Holdings dan Honda Motor meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama dalam industri automotif, iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran.
Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing akan memberi kelebihan kepada Proton Holdings serta Kumpulan DRB-HICOM dengan potensi untuk berkembang sebagai pengeluar peralatan tulen (OEM).
Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada Proton Holdings dan Kumpulan DRB-Hicom untuk jangka panjang, katanya. DRB-Hicom berkata, perjanjian kerjasama berkenaan akan berkuat kuasa sehinggalah tertubuhnya pelaksanaan Perjanjian Muktamad.
Senario yang berlaku antara Mitsubishi-Proton sememangnya tidak sama dengan apa yang diwar-warkan baru-baru ini melibatkan apa yang dikatakan kerjasama rakan strategik antara Proton-Honda. Persoalannya di sini…
  • Mahukah Honda berkongsi platform dengan “small player” ataupun ikan kecil dalam industri automotif seperti Proton?
  • Jikalau sama-sama “big player”, semestinya banyak untung yang diperolehi oleh kedua-dua pihak baik Honda mahupun “ikan jerung” yang satu lagi disebabkan mampu hasilkan model untuk skala yang besar ke seluruh dunia.
  • Jadi apa yang Honda dapat daripada Proton sebenarnya?
Honda Proton  Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....

Ya…benar. Untuk buat & hasilkan kereta Honda mereka, agak logik untuk JV dengan DRB bagi menggunapakai kemudahan di Tanjung Malim. Tetapi untuk JV dengan Proton, buat model baru dengan platform Honda Accord contohnya……..untuk apa Honda buat begitu? Tiada untung pun. Syarikat besar seperti Honda lebih mengutamakan pengeluaran secara besar-besaran, tiada “scale model” yang kecil untuk “niche market” seperti Malaysia.
  • Satu lagi, HONDA MALAYSIA tiada sebab pun untuk rebadge Honda Accord mereka contohnya.
  • Hakikatnya, Honda tidak pernah rebadge kereta mereka kerana Honda (mengikut sejarah) tidak akan rebadge model mereka dan letak lambang Proton contohnya.
  • Honda dikenali sangat kedekut untuk “transfer knowledge”
  • Kalau sudah bekerjasama dengan Honda, tetapi buat kereta Honda, di mana peranan Proton sebagai pembuat keretanya terutamanya dalam kerjasama ini?
Kami pasti dan yakin ramai yang teruja dengan pengumuman ini. Oleh itu, kita ketepikan seketika pengumuman daripada laporan akhbar mengenai hubungan kerjasama strategik ini. Mereka boleh umum “bulan dan bintang” tetapi kita mesti bersandarkan kepada fakta  di mana :
Kami lebih suka bercakap berdasarkan kajian dan realiti …
  • Kami rasa kebanyakannya tahu bagaimana Honda buat bisnes di seluruh dunia, di mana mereka mampu membuat pengeluaran kereta yang jauh lebih besar ke seluruh dunia, jauh lebih besar daripada Proton.
  • Oleh itu, berikan satu contoh HONDA pernah “joint venture (JV)” dengan “small player” bagi menghasilkan bilangan pengeluaran yang kecil dan rendah?
  • Ada atau tiada?
Honda Melaka Malaysia Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....

Buat apa, Honda nak besarkan kilang mereka di Melaka. Lebih baik, mereka gunakan kemudahan di Tanjung Malim yang hanya 30% beroperasi.
Apa yang dikatakan kerjasama ini hanya akan untungkan DRB-HICOM & juga Honda yang akan menggunakan guna kemudahan di Tanjung Malim bagi menghasilkan model Honda. Proton? Ehemm…..
Itu sebabnya, banyak beza apabila Proton yang boleh dikatakan berada di landasan yang betul sebelum ini sebagai pembuat kereta, berbanding dengan mereka yang hanya mengeluarkan peralatan OEM. Dalam industri automotif, adalah amat tidak efisien dan membazir bagi pengeluar kereta menumpukan untuk buat peralatan OEM sendiri tanpa “outsource” kerja tersebut kepada syarikat luar.
Sangat sangat sangat malang bagi PROTON dan seluruh rakyat Malaysia jikalau segala pelaburan dan harapan selama ini berakhir dengan hanya sekadar menjadi pengeluar tulen OEM (buat spare part/alat ganti honda seperti oil filter, timing belt, dll). Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan setakat pada tahun 1995, kerajaan Malaysia telah menyalurkan subsidi sekitar RM17 bilion kepada Proton.
Oleh itu, kami dapat merasakan, halatuju Proton selepas ini adalah “rebadge, rebadge dan hanya menjadi pengeluar peralatan OEM semata. Bukan lagi, gelaran “pembuat kereta” selepas ini….
Tanjung Malim DRB Hicom Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....

Untuk menjadikan Proton maju, bukan dengan cara dengan downgrade menjadi pengilang OEM (original equipment manufacturer). Seperti yang kami katakan di atas tadi, rancangan DRB-HICOM bukan untuk menaikkan Proton tetapi lebih kepada menguntungkan DRB Hicom secara keseluruhannya. Menjadikan Proton sebagai hamba untuk menaikkan bisnes DRB-HICOM yang sedia ada.
  1. Pertama : DRB HICOM telah juga mengumumkan pelan pembangunan hartanah “ kilang Proton Shah Alam” pada skala RM5 billion lebih! DRB Hicom untung banyak di situ di atas pelaburan mereka membeli Proton & memindahkannya ke Tanjung Malim. Di mana rancangan mereka untuk naikkan Proton?
  2. Kedua : JV (sebenarnya bukannya JV pun sebab DRB Hicom memang memegang franchise Honda Malaysia) kononnya untuk kebaikan Proton. Sedangkan mereka mahu buat peralatan tulen OEM untuk Honda dan bolot semua pembekal peralatan & komponen Proton sebelum ini secara terhormat. Dan kami ulangi sekali lagi, di mana usaha DRB Hicom untuk menaikkan Proton?
  3. Ketiga : Jikalau mereka serius nak majukan Proton, mereka tidak akan batalkan semua projek R&D Proton (benda yang pertama mereka buat) masa mereka mula-mula ambil alih Proton!.
  4. Mana-mana pembuat kereta tahu untuk mengeluarkan kereta bermula dari scratch memerlukan masa 3-5 tahun barulah boleh keluarkan dalam skala besar. Kalau R&D yang dah dibuat 5-10 tahun lepas dibatalkan, maka apa produk yang PROTON nak keluar untuk 5 tahun akan datang? Jikalau nak keluar rebadge sekalipun perlu 2-3 tahun baru boleh “roll out finish product”
Pasaran & jualan produk Proton is tidak cukup untuk mengekalkan cengkaman mereka dalam industri automotif. Letaklah enjin F1 Petronas sekalipun, apatah lagi apabila AFTA bakal dilaksnakan kelak. Bagi kami pemilihan Honda sebagai rakan JV amat tidak tepat kerana ianya hanya akan meranapkan Proton dengan lebih cepat.

Sekadar pandangan daripada kami. Mungkin anda ada pandangan yang berbeza dengan kami. Respon anda pula dengan berita pengumuman ini?

Selasa, 30 Oktober 2012

Pemuda PAS pelawa Pemuda BN sertai laporan ke SPRM

 Oleh IZWAN ABDUL HALIM
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelewengan dan ‘projek sakit’ yang pernah berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah semasa pemerintahan BN.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, laporan penyelewengan itu akan dibuat sebagaimana pendedahan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Mereka yang terlibat mesti bertanggung jawab dan bersedia untuk disiasat serta didakwa sekiranya didapati bersalah.

“Kami komited menyatakan bahawa kepentingan dan hak rakyat perlu sentiasa dipertahankan serta diurus tadbir sebagai amanah terutamanya oleh kerajaan yang diberi kepercayaan memerintah.

“Penyelewengan tersebut merupakan pengkhianatan terhadap amanah rakyat oleh mereka yang telah lebih 50 tahun diberi kepercayaan mentadbir negeri ini,” luahnya kesal.

Menurut beliau, rakyat negeri ini hakikatnya telah menanggung beban apabila kepimpinan lalu turut ‘mewariskan’ hutang berbilion ringgit.

Kini katanya, penyelewengan dan ‘projek sakit’ berkenaan pula menjadi ‘biawak hidup’ yang terpaksa ditanggung akibatnya.

Beliau turut mempelawa Pemuda BN Kedah untuk bersama membuat laporan tersebut.

“Sebagai pewaris masa hadapan dan pembelaan terhadap kepentingan rakyat serta demi negeri Kedah yang dicintai ini, kami mempelawa Pemuda BN untuk turut serta.

“Kita (pemuda) tidak harus berdiam diri agar penyelewengan dan salah urus tadbir seperti ini dapat dihentikan dari terus berulang serta menjadi pengajaran kepada mereka yang berwewenangan terhadap amanah rakyat,” seru Ahmad.

Ahli-ahli Majlis Buat Laporan Polis 2 Ke Atas Datuk Rasli ?

Oleh : KUNING77

ALOR SETAR – Ahli-ahli majlis PBT Kedah (lantikan politik) akan membuat laporan polis yang kedua pada minggu ini berhubung isu permohonan tanah oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. di kawasan Bandar Kuah, Langkawi.

Menurut Ir Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah (KLCS), pihak akan membuat laporan polis kedua ke atas Datuk Rasli pada Khamis ini.

Katanya, kali ini pihaknya akan membuat laporan berhubung isu permohonan sebidang tanah oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. di Lot PT. 1501, Sekyen 6 di kawasan Bandar Kuah, Langkawai Kedah Darul Aman, dimana syarikat berkenaan didakwa mempunyai hubungan keluarga rapat dengan Datuk Rasli sendiri.

Sumber dari Pejabat Tanah Langkawi, anggaran keluasan tanah tersebut ialah 1817 meter persegi (19,558 kaki persegi), dianggarkan bernilai hampir RM 1 juta. Tanah berkenaan adalah tanah bandar, Luar Simpanan Melayu berada di kawasan perkhidmatan Majlis Perbandaran Langkawi, ia terletak bertumpu dengan lot-lot hakmilik bersebelahan dengan Hotel Grand Continental, Langkawi.

Mohd Jamal berkata, tujuan laporan ini untuk membolehkan pihak polis membuat siasatan sejauh mana penglibatan dan penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli sebagai Setiausaha Kerajaan dan pihak-pihak lain di dalam isu ini. Ini kerana, kami mendapati terdapat kecurigaan dan manipulasi kuasa oleh pihak berkenaan tentang proses permohonan tanah tersebut.

Katanya, dakwaan kami berasaskan beberapa dokumen berkaitan permohonan tersebut, akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan kefahaman kami bahawa ia menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan manipulasi di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan”.

“Difahamkan Bahagian Pembangunan dan Penguatkuasaan, Tanah dan Galian Negeri Kedah terlibat menyediakan kertas kerja tujuan untuk pertimbangan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK), katanya.

Maksud kertas kerja ialah mendapatkan kelulusan exco ke atas permohonan tanah tersebut untuk tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd.

Namun, terserahlah kepada pihak polis untuk mengklasifikasi laporan kami di bawah kesalahan jenis apa… tanggungjawab kami membuat laporan supaya boleh dibuat siasatan, katanya lagi.

Katanya lagi, sekiranya Datuk Rasli melakukan penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran mana-mana undang-undang berkaitan kedudukannya, maka tindakan undang-undang hendaklah di ambil ke atasnya bersesuian dengan undang-undang yang berjalan di Malaysia, sekali gus ia akan menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan tugas dengan amanah, telus dan beretika.

Sebelum ini, seramai 11 orang ahli-ahli majlis PBT Kedah telah membuat laporan polis berhubung isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi yang didakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli.Walau bagaimanapun, Menteri Besar Kedah (kelmarin) telah menyangkal dakwaan tersebut kerana fakta tidak tepat.

Petronas Carigali Temui Medan Minyak Bertam - PM

MSTAR ONLINE
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najibpada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri nya di Bangunan Perdana Putra di sini Selasa.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Beliau berkata penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

"Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

Petronas Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil merupakan usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum Petronas Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil, katanya. - BERNAMA

Pemberi Maklumat Isu PFN Tidak Dilindungi WPA



KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) yang diwujudkan bagi melindungi pemberi maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

Beliau berkata tidak ada keperluan untuk memberikan perlindungan kepada pihak terbabit kerana dalam kes PFN, perkara itu telah dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.
"Semua orang tahu itu dia, apa lagi perlindungan yang dia mahu," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Nazri yang juga menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen berkata akta itu hanya melindungi pemberi maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.

WPA merupakan satu inisiatif perundangan utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwujudkan bagi menangani rasuah, akan mula berkuatkuasa 15 Disember 2010.

Ogos lalu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).

Rafizi didakwa di bawah Bafia atas kesalahan mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Sumbangan RM1,000 Kepada Veteran ATM Tidak Berpencen Dibayar Januari 2013

MSTAR ONLINE

SIBU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin melancarkan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen (STB1M) pada majlis makan malam Kempen Rayuan Hari Pahlawan ke-52 di sini.

Bercakap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 secara sekali gus kepada 234,500 veteran ATM terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat seluruh negara.

"STB1M yang akan dibayar mulai Januari 2013 akan melibatkan peruntukkan kewangan sebanyak RM234.5 juta. Kos ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)" katanya.

Penerima atau veteran ini adalah mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun yang bersara awal dan tidak berpencen, yang telah dibersarakan atau menamatkan perkhidmatan secara terhormat tanpa mengira tarikh mula berkhidmat, sementara tarikh tamat tempoh perkhidmatan adalah pada atau sebelum 31 Disember 2012.

"Mereka yang layak adalah daripada angkatan tetap ATM, angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan, daripada Force 136, tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura dan daripada Sarawak Rangers," katanya.

Sumbangan ini, yang merupakan rentetan daripada pembentangan Belanjawan 2013, bagaimanapun tidak dipanjangkan kepada balu, duda atau tanggungan, kata Zahid.

Beliau berkata bakal penerima boleh mendapatkan borang STB1M di semua pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) seluruh negara mulai 1 Nov 2012.

"Borang ini juga boleh didapati di 78 buah Pusat Sehenti yang terdiri daripada kem/unit tentera terpilih di seluruh negara atau dimuat turun melalui laman sesawang JHEV iaitu www.jhev.gov.my

"Semua persatuan/pertubuhan/kelab bekas tentera di seluruh negara turut akan dibekalkan dengan borang ini yang mesti dikembalikan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum 30 Nov 2012," katanya.

Pada majlis makan malam itu sebanyak RM133,000 berjaya dikutip daripada para dermawan yang hadir bagi menambah kutipan sebelumnya sebanyak RM130,000.

Zahid menghulurkan sebanyak RM25,000, sementara anggota Parlimen kawasan Lanang Datuk Tiong Thai King menghulurkan RM38,000 bagi tujuan persatuan negeri ini membeli bangunannya sendiri.

Thomas Ling Kui Eng, naib presiden Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia Kebangsaan dan juga Yang Dipertua cawangannya di Sarawak merangkap presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak, menjadi hos majlis. - BERNAMA

Lagi Petani Tanjong Karang Berdemo Bantah Subsidi Benih Padi Tidak Berkualiti




TANJONG KARANG : Petani di kawasan Tanjong Karang dan Sekinchan berang dan membuat laporan polis terhadap tindakan Datuk Seri Noh Omar yang memberikan tender subsidi benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria.

Menurut Naib Penyelaras DUN Sungai Burong, Misran Serman, laporan polis itu dibuat bersama Loo Kim Yong dan S Ragavan semalam berikutan kemungkinan wujudnya penyelewengan mengenai agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.



Katanya, benih yang diberikan kepada petani melalui subsidi Kerajaan Pusat itu kurang berkualiti dan menyebabkan benih padi yang akan ditanam itu tidak dapat hidup serta menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kerugian besar ditanggung petani.

“Para petani merasa marah dan tidak berpuas hati kerana benih padi yang diberikan melalui subsidi ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos yang besar bagi mengelakkan padi diserang pelbagai penyakit ,” katanya ketika ditemui selepas demonstrasi aman di hadapan Pusat Pemprosesan Benih Padi di Sungai Burong pagi ini.

Sementara itu, demonstrasi aman yang dihadiri kira-kira 30 petani di kawasan itu menuntut penjelasan lanjut oleh Noh mengenai pemberian kuota subsidi yang hanya mementingkan kroni dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membela nasib golongan berkenaan.



Dalam pada itu, Adun Sekinchan, Ng Sui Lim mendakwa, Noh Omar memberikan lebih separuh kuota subsidi benih padi berjumlah 80,000 tan metrik kepada Syarikat Seri Merbak Sdn Bhd yang didakwa dimiliki oleh Datuk Rais Zainuddin iaitu bekas ahli Exco Negeri Sembilan dan Syarikat Haji Mohd Noor yang didakwa memiliki hubungan rapat dengan Noh.

“Syarikat ini memonopoli lebih daripada jumlah kuota keseluruhan dan memberikan benih padi berkualiti rendah dan seterusnya menyebabkan penghasilan padi rendah yang akhirnya menyebabkan kerugian kepada petani,” katanya.



Sui Lim berkata, Noh Omar seharusnya meletakkan jawatan sebagai menteri kerana mempunyai pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan serta gagal menjalankan tugasnya menjaga kebajikan rakyat khususnya para petani.

“Saya mendesak Noh Omar meletakkan jawatannya sebagai menteri kerana gagal membela nasib rakyat malah didakwa mempunyai pelbagai skandal seperti penjualan tanah di Tanjong Karang dan isu kolam udang yang didakwa dimilikinya,” katanya lagi.

Sebelum ini Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan isu mengenai pemberian tender benih padi kepada kroni itu sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.