
MALAYSIA KINI
Perdana menteri berkata selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.
"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di
Kuala Lumpur Jumaat malam.
Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata langkah-langkah yang kerajaan laksanakan barang kali digemari pihak antarabangsa sehingga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada 2011 bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.
Di kalangan 178 negara yang dipantau organisasi Wartawan Tanpa Sempadan, Malaysia kini berada pada tangga 122 berbanding 141 pada 2010, naik 19 anak tangga, katanya.
"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar.
"Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita. Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," katanya.
Beliau berkata kerajaan amat menyedari keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah negara.
"Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini. Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal.
"Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut?" soal beliau.
Najib berkata dalam lipatan sejarah, ada negara yang mempunyai sumber alam yang melata dan modal insan yang produktif namun menjadi negara yang gagal.
Ada juga negara yang berjaya sebahagian daripada perjalanan tetapi kemudian mula terbantut proses pembangunannya manakala ada juga kategori yang walaupun tandus sumber alam tetapi berjaya kerana gabung jalin faktor-faktor lain yang dimiliki, katanya.
"Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.
"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya.
Beliau bekata kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti bebas yang melaksanakan peranan untuk memantau dan menegur pentadbiran kerajaan.
"Seperti yang selalu saya sebut era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan mempunyai monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir," katanya.
Kerajaan turut menyambut baik usaha para peneraju pengarang media cetak untuk menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Malaysia yang bertindak sebagai badan pengawas untuk mengukuhkan tahap profesionalisme industri berita di negara ini, katanya.
Beliau berkata di bawah persepakatan itu, para editor bersetuju untuk menyediakan satu kod etika yang memperincikan prinsip-prinsip kewartawanan untuk dijadikan prinsip panduan dalam tugas-tugas pengumpulan dan penerbitan maklumat bagi dijadikan hasil kewartawanan.
"Saya menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pengarang-pengarang itu untuk menghasilkan kod etika yang boleh digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya.
"Kerajaan tidak akan campur tangan dan terpulanglah kepada industri untuk mengawal selia diri mereka berkaitan dengan profesionalisme kewartawanan ini. Kerajaan akan menerima apa juga cadangan yang dikemukakan dengan hati dan fikiran yang terbuka," katanya.
Najib berkata beliau setuju dengan pandangan rakan-rakan wartawan bahawa peraturan-peraturan sedia ada berhubung media tidak boleh kekal statik.
"Peraturan-peraturan itu bukannya dibancuh dalam acuan simen yang tidak boleh dipecahkan. Kita sekarang berada pada era digital yang memberikan kita semua akses kepada maklumat tanpa batas.
"Dasar kerajaan sendiri adalah untuk mewujudkan negara tanpa wayar sepenuhnya kerana kita tidak mahu warga Malaysia menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.
"Komitmen saya adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berfikiran global dengan akarnya kukuh pada peringkat lokal atau glokal," katanya. Bernama

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir setiap hari menjadi berita utama di kaca televisyen seperti RTM dan TV3.
Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Kita tidak akan keluar mengundi. Kita biar sahaja. Sebelum ini kita pergi undi, (BN) menang. Kalau kalah, jangan salahkan kita. Saya tidak menghasut.
Eddy yang ditemui Malaysiakini di premis perniagaannya di Kampung Sungai Temon berkata pihaknya juga tidak menyokong parti pembangkang yang didakwa belum tentu akan menolong mereka.
Antara perkampungan yang terlibat Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih, Kampung Bakar Batu dan Kampung Sungai Tiram.



Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.
"1CARE hanyalah nama. Dia boleh jadi pelbagai nama sama ada 'health care transformation' (tranformasi penjagaan kesihatan) pun boleh.




Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.
Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.
"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.








“Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.