Rabu, 19 Disember 2012

Tarik Balik Pendakwaan AES: Juham & Kase Gesa Kerajaan Pulangkan Wang Pembayar Denda

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/AES_Grafik_1.jpgEditor  Buletin

 Hari ini kesemua OKS (orang Kena Saman) bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan (discharge not amounting to an acquittal), antaranya di Putrajaya, dimana Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan 5 orang OKS.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) dan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes Saman AES ditarik balik hari ini. Ini kerana Peguam-peguam JUHAM & KASE dari awal pendakwaan kes Saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada Mahkamah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyalahi undang-undang  kerana menjalankan Pendakwaan di Mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

Bantahan awal oleh Peguam-peguam JUHAM & KASE tersebut telah menyebabkan pihak JPJ panik sehingga ada kes yang ditangguhkan dan pihak JPJ telah diberikan amaran oleh Mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes Saman AES tersebut akan dibatalkan oleh Mahkamah.

Justeru, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes Saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai jelas membuktikan bantahan JUHAM & KASE sebelum ini adalah berasas sehingga membuatkan JPJ panik akibat daripada kegopohan, keangkuhan dan kejahilan JPJ dalam mematuhi undang-undang.

Oleh itu, JUHAM & KASE menggesa JPJ dan pihak Kerajaan untuk memulangkan kembali wang pembayar denda Saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam perlaksanaan Saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan-pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang. Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui keesahannya dan boleh dicabar di Mahkamah.

Sekiranya JPJ masih berdegil untuk tidak memulangkan kembali wang pembayar denda Saman AES yang telah dikutip sebelum ini, JUHAM & KASE tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap JPJ.

Pada masa yang sama, JUHAM & KASE juga ingin melahirkan rasa bimbang terhadap satu lagi keputusan flip-flop kabinet UMNO/Barisan Nasional yang sekali lagi menukar pendirian mereka terhadap isu Saman AES setelah menerima bantahan yang kuat daripada rakyat.

UMNO/Barisan Nasional akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan menyedari bahawa rakyat tidak mudah untuk diperbodohkan oleh mereka. Hal ini kerana rakyat sedari awal telah mengetahui bahawa Saman AES ini adalah semata-mata bertujuan untuk menghalalkan niat busuk UMNO/Barisan Nasional dalam memberikan keuntungan secara mudah kepada krooni-kroni UMNO/Barisan Nasional.

JUHAM & KASE memberikan amaran kepada UMNO/Barisan Nasional bahawa regim kezaliman pentadbiran UMNO/Barisan Nasional sudah tiba ke penghujungnya dan akan terus lenyap di muka bumi Malaysia pada Pilihanraya Umum yang semakin tiba.

Akhirnya, JUHAM & KASE dengan ini mengucapkan tahniah kepada kesemua penyokong dan pendokong kempen membantah AES ini termasuk para Peguam JUHAM & KASE yang bertungkus lumus tanpa penat dan lelah sehingga membawa kepada kemenangan ini.

Ahmad Zamri As’aad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: