Rabu, 19 Disember 2012

Serangan bas, PKR dakwa polis tak serius



 
PKR memutuskan untuk tidak membuat laporan polis berhubung serangan ke atas bas kempen PKR di Tapak, Perak, Ahad lalu kerana mendakwa kecewa dengan kurangnya tindakan polis terhadap insiden-insiden yang sama sebelumnya.

Menurut Setiausaha Kerja PKR, Raden Shamsulkamar Raden Samsudin, dalam kejadian Ahad lalu, staf PKR menunggu polis hampir sejam di tempat kejadian namun mereka tidak muncul.

NONE"Kami menelefon OCPD untuk memaklumkan kepada beliau untuk mengambil tindakan, namun tiada yang muncul.

"Kami membuat keputusan untuk tidak melaporkannya berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini," katanya.
Menurut Raden, bas itu pada masa kejadian hanya membawa petugas parti dan mereka sedang menuju ke Tapah untuk sambutan Deepavali PKR.

"Kami tidak nampak dari arah mana ia (batu) datang tetapi pemandu mendakwa bas itu melintasi konvoi pemuda bermotosikal yang memakai baju-T BN berwarna biru," katanya.

NONESehingga kini juga tiada sesiapa telah didakwa susulan
serangan tiga serangan di Kelantan, Johor dan Melaka walaupun polis mendakwa kertas siasatan telah dihantar kepada Peguam Negara.

"Kawad cam dibuat untuk serangan di Melaka dan empat penyerang itu telah dikenal pasti, namun mereka belum didakwa," katanya.

Siasatan ke atas pengawal keselamatan Anwar yang didakwa mengacu pistol ke arah penyerang itu juga telah selesai dan polis memaklumkan mereka tidak akan meneruskan siasatan, tambahnya.

Ahad lalu bas yang sama dilastik menggunakan batu sehingga merosakkan cermin sisi belakangnya sewaktu bergerak di antara kilometer ke 333 dan 327 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tapah.

NONESebelum ini, bas yang sama telah diserang dan disimbah cat merah oleh samseng yang didakwa PKR sebagai samseng proUmno sewaktu siri jelajahnya di Kelantan, Johor dan Melaka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya pula menyifatkan tindakan itu sebagai "bacul keterlaluan" yang diteladani daripada perdana menteri yang masih tidak berani berdepan dengan mana-mana pimpinan PKR untuk berdebat.

"Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka dan matang tidak disahut malah didiamkan," katanya.

Ketua Penerangan PKR, Muhammad Nur Manuty pula menyifatkan serangan terbaru itu sebagai cerminan kepada usaha Umno untuk terus kekal berkuasa walau dengan apa-apa cara sekali pun.

"Inilah yang disebut Najib sebagai "Biar tulang berserakan, Putrajaya perlu dipertahankan"," katanya merujuk kepada amanat Najib pada perhimpunan agung Umno 2011.

Tiada ulasan: