Ahad, 23 Disember 2012

Parti KITA kritik kerajaan Kedah tebang balak

 
Justeru, Parti KITA menggesa kerajaan negeri Kedah supaya bertindak Islamik dengan mengambil berat soal alam sekitar demi kesejahteraan rakyat Kedah. 



PETALING JAYA:  Tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang terus-menerus melakukan penebangan balak di kawasan tadahan hujan menunjukkan bahawa kerajaan negeri itu  sudah tidak lagi yakin mereka akan terus berkuasa di Kedah selepas pilihan raya ke-13 nanti.

Kerajaan PR Kedah sekarang dilihat sedang mempersiapkan diri untuk berundur dengan melakukan penebangan sebanyak mungkin pokok balak bagi mendapatkan seberapa banyak hasil tanpa mengendahkan kritikan orang ramai dan teguran pimpinan tertinggi PAS sendiri, kata Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Masrum Dayat.

Justeru, Parti KITA menggesa kerajaan negeri Kedah supaya bertindak Islamik dengan mengambil berat soal alam sekitar demi kesejahteraan rakyat Kedah.

“Parti KITA juga menggesa kerajaan Kedah supaya `tidak mengamuk’ dengan melakukan penebangan pokok balak secara tidak terkawal kerana tindakan itu akan hanya memudaratkan kesejahteraan rakyat Kedah.,” kata Masrum dalam satu kenyataan media hari ini.

Tiada ulasan: