Jumaat, 7 Disember 2012

Menjelang PRU 13, parti politik mula mengetuk pintu pengundi


Pilihan raya akan datang dijangka menyaksikan pertembungan sengit untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia. The Malaysian Insider melihat apa yang berlaku semasa kempen untuk menggambarkan pertempuran. 

KUALA LUMPUR — Menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir dan keresahan orang awam dengan ketidakpastian tarikh, parti politik memilih untuk mendekati pengundi dengan menggunkan taktik lama iaitu mengetuk pintu.

Walaupun Barisan Nasional (BN) dilaporkan membelanjakan hampir RM3.6 juta setahun untuk mengambil kira-kira 10,000 penulis blog bagi meningkatkan kehadiran dalam talian demi menarik sokongan pengundi muda, beberapa ahli-ahli politik akar umbi merasakan bertemu dengan pengundi di kawasan mereka secara langsung adalah cara terbaik.

“Rakyat masih perlu untuk melihat kredibiliti pemimpin-pemimpin mereka,” kata Liew Ching Hoong dari MCA, setiausaha kepada ahli parlimen Kampar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Lee yang memenangi kerusi parlimen Kampar pada 2008 adalah muka yang dikenali di kawasan tersebut kerana pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Malim Nawar semenjak 1995 dan Tanjong Tualang sebelum itu.

Pada tahun 2008, Lee menewaskan Keong Meng Sing dari DAP dengan majoriti 2,697. Kawasan pilihan raya tersebut sebelum ini dikuasai oleh Tan Sri Hew See Tong dari MCA, yang menang dengan majoriti lebih besar 9,474.

Kampar adalah sebuah bandar perlombongan lama, terletak lebih daripada 30km dari selatan Ipoh, Perak. Ia merupakan kawasan majoriti Cina, dengan 62.58 peratus, manakala Melayu membentuk 26.87 peratus dan India 10.47 peratus.

Sebahagian besar daripada 98,534 penduduk terdiri daripada pesara, yang menurut Liew, berkeras untuk bertemu dengan wakil dipilih mereka berbanding di Internet.

Sejak tahun 1995, Lee menubuhkan sebuah pasukan dengan lima pembantu, yang mana beliau tugaskan untuk menjaga kawasan beliau setiap hari supaya pengundi merasai kehadiran MCA.

Memandu sebuah Mitsubishi Pajero lama, yang digelar Perkhidmatan Kenderaan Bergerak (MSV), sepasang daripada pasukan melawat dua kampung sehari - mendengar luahan ketua-ketua kampung, mendaftarkan pengundi dan membantu penduduk kampung memohon bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Tiga lagi dalam pasukan tersebut menunggu di pejabat, memperoses pelbagai permintaan diterima dari krew MSV, termasuk membantu penduduk kampung yang tinggal terlalu jauh dari pejabat pos untuk membayar bil-bil elektrik, air dan telefon.

Perhatian berterusan yang diberikan oleh Lee menyebabkan penduduk Kampar menyukai beliau dan melawatnya kerap di pejabat bertentangan dengan tempat makan bandar hampir setiap Jumaat.

“Kadang-kadang ada yang datang dari Tapah,” Liew memberitahu The Malaysian Insider, merujuk kepada bandar jiran lebih kurang 20 minit jauhnya, jatuh di bawah kawasan parlimen berbeza dan yang sedang berkhidmat adalah rakan kongsi BN MCA, Datuk M Saravanan dari MIC.

Akan tetapi Lee menghadapi saingan daripada pasukan Wajah Wanita PKR, ditubuhkan Julai lalu.

Wajah adalah singkatan daripada Wanita Keadilan Jelajah Kampung, ditubuhkan untuk menyampai mesej perubahan dan reformasi kepada wanita di kawasan pendalaman.

Kami juga menggunakan logo berbeza supaya kita kelihatan lebih seperti sebuah NGO dan bukannya parti politik. Kami kelihatan lebih mudah didekati dengan cara itu,” kata setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli.

Logo Wajah, seperti namanya, berbentuk seperti wajah dan bertujuan untuk menyampaikan persona penyayang, berbeza dari logo PKR biru dan putih yang tidak begitu popular dengan wanita luar bandar, Juwairiya mengakui.

Dikalangan ranting negeri, Wajah negeri Perak diakui sebagai paling aktif dan berjaya oleh pimpinan PKR pusat.

Semasa The Malaysian Insider menemui Liew di Kampar baru-baru ini, pasukan Wajah Perak baru sahaja bertemu dengan pengundi di kerusi lama Lee, Malim Nawar, satu kawasan majoriti Cina, jatuh kepada DAP dalam pilihan raya empat tahun lalu.

Pengundi Malim Nawar 73.49 peratus daripadanya adalah Cina, 17.51 pertaus Melayu dan 8.95 peratus India.

Keshvinder Singh dari DAP menang pada pilihan raya 2008 menewaskan Dr Chai Sang Poh dari MCA dengan majoriti 1,362 undi.

“Kami mensasarkan kampung dan estet dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi oleh PKR,” kata Fathmawaty Salim, Ketua Wanita PKR Perak, menggariskan strategi parti itu untuk mendekati pengundi di kawasan luar bandar.

Beliau memberikan contoh kerusi Bukit Chandan, di bawah kerusi parlimen Kuala Kangsar dimana  Zulkifli Ibrahim dari PKR kalah kepada Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad dari Umno pada pilihan raya umum ke-12.

Walau bagaimanapun, dengan sumber dan tenaga kerja terhad, parti tunjang PR juga kerap membantu di kawasan-kawasan dimenangi oleh sekutu politik mereka seperti Malim Nawar sebagai persediaan untuk pilihan raya akan datang yang mesti diadakan April depan selepas mandat BN tamat.

Terdapat 24 cabang Wanita di Perak dimana setiap cabang menghantar sekurang-kurangnya tiga orang yang akan dipecahkan kepada dua kumpulan diantara 12 hingga 20 sukarelawan setiap satu.

Fathmawathy memberitahu The Malaysian Insider bahawa operasi mereka semudah mengadakan perbualan kecil dengan wanita — kebanyakannya suri rumah - sebelum memberitahu mereka mengapa harus mengundi PKR.

Beliau perlu menjelaskan dengan panjang lebar aspirasi parti itu kerana pendedahan suri rumah terima tentang PKR adalah dari apa yang mereka lihat di saluran TV yang dikawal oleh pihak BN.

“Ibu-ibu muda biasanya tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan, berbanding dengan pendapatan isi rumah mereka,” kata Fathmawaty.

“Tiada siapa yang mahu mendengar rungutan wanita-wanita ini.”

Fathmawathy juga berkata pasukan Wajah PKR kadang-kadang bertembung dengan Skuad Sayang Wanita Umno apabila mengetuk pintu.

“Mereka hanya mensasarkan rumah terpilih,” katanya, sebelum menambah dengan bangga, “Kami pergi kepada semua.”

Dalam kerusi bandar majoriti Melayu Titiwangsa di mana PAS menang buat kali pertama pada tahun 2008, parti itu meneruskan tradisi yang mereka panggil Ziarah (lawatan), dimulakan oleh Ahli Parlimen Dr Lo’Lo Ghazali, walaupun selepas kematiannya akibat kanser pada Julai tahun lepas.

Pasukan Ziarah telah berpecah kepada enam, setiap sel terdiri daripada antara tiga dan empat ahli kedua-dua jantina dari sayap Pemuda dan Wanita parti Islam itu.

The Malaysian Insider mengikuti pasukan Ziarah mereka baru-baru ini ke Kampung Baru, penempatan tertua Melayu yang boleh kelihatan Menara Berkembar Petronas - ikonik dan jatuh dalam kerusi parlimen Titiwangsa, dan mendapati pasukan tersebut adalah sangat tersusun.

Berbekalkan senarai nama pengundi, disusun menurut abjad mengikut pendaftaran MyKad dan rujukan silang terhadap senarai kedua disusun mengikut alamat rumah, pasukan Ziarah PAS bergerak dengan berjalan kaki di sepanjang Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Hamzah untuk menjalankan kaji selidik dari rumah ke rumah mereka.

Sambutan kebanyakannya positif. Kebanyakan terbuka untuk mendengar dan bekerjasama dengan kaji selidik itu, tetapi ada yang berhati-hati.

The Malaysian Insider memerhatikan selepas bercakap kepada penduduk, pasukan tersebut akan membuat semakan kepada carta mereka, menandakan rumah di bawah salah satu daripada empat kategori: “A” bagi Atas Pagar (belum membuat keputusan), “B” untuk Bulan (merujuk kepada simbol parti tersebut yang menandakan seorang penyokong PAS), “C” untuk Condong bulan (condong ke arah bulan), dan “D” untuk Dacing (merupakan simbol BN dan bermaksud penyokong BN).

Parti tersebut menggunakan kod sama untuk mengukur pengundi semasa kempen pilihan raya kecil sebelum ini bagi mendapatkan sentimen pengundi tanpa bertanya secara terang-terangan parti mana mereka akan mengundi pada pilihan raya tersebut bagi menghormati hak kerahsiaan pengundi.

Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS, Aiman Athirah, lawatan ini bertujuan untuk menyebarkan mesej kasih sayang dan kebajikan, bukannya memburukkan musuh politik mereka.

“Ia adalah satu cara untuk benar-benar bertemu dengan pengundi dan menerangkan pelbagai perkara. Kami tidak mempunyai akses kepada media massa ... Kami hanya mempunyai Harakah,” kata Aiman, merujuk kepada akhbar parti itu, “dan laman web PKR serta DAP.”

“Hanya ziarah adalah cara terbaik untuk berjumpa pengundi secara peribadi,” katanya.

Aiman berkata strategi yang digunakan di kawasan bandar sedikit berbeza dari kawasan luar bandar kerana bertujuan untuk melengkapkan kempen di mana ahli-ahli politik negara perlu untuk sokongan.

Lawatan pintu ke pintu telah menjadi satu cara berkesan untuk mengukur perasaan pengundi di kawasan tertentu, itulah sebabnya ia digunakan oleh PAS untuk sekian lama, katanya.

Seperti ahli politik MCA, Mohd Noor Mohamad yang merupakan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, memberitahu The Malaysian Insider pendekatan peribadi penting bagi parti itu untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Dan dia kedengaran yakin apa yang sudah dilakukan di Titiwangsa semenjak 17 bulan lalu selepas kematian Dr Lo’Lo akan membantu parti itu mengekalkan Titiwangsa.

“Berdasarkan sokongan yang kita dapat, PAS akan kekal di Titiwangsa,” katanya.

Tiada ulasan: