Selasa, 18 Disember 2012

Harun Taib: Mufti jangan campuri politik

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

Harun Taib
Harun Taib

SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat  Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

2 ulasan:

Pelatuk berkata...


Mufti perlu campurtanggan dalam politik tanahair sebab dia adalah orang yg bertanggungjawab menentukan agama Islam diperkukuhkan bagi memastikan ulama dalam politik tidak `memperjudikan' agama Islam bagi kepentingan politik sesat dan peribadi. Bukankah ulama itu pewaris Nabi, kalau Mufti tak menegur ulama-ulama politik siapa lagi yg bertanggungjawab. Contohnya kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan agama yang cukup menghina Islam!. Masyarakat akan rujuk kepada Mufti, kalau harap ulama parti ini memang keliru dan bercelatulah akidah orang Islam dan mungkin akan menjadi sesat..... Masyarakat pun dah tak ambil peduli kat Ulama parti ini kerana kenyataannya benar-benar mengelirukan.

insafdoh67 berkata...

betul tu cai... saya kecik lg masa tu... 30 tahun bru khatam.. Mufti Bengong jenis ni.... Jangan jadi Mufti Chipsmore.... Biar Adil.. Jangan Berat sebelah.. Mufti Dunia... Ni Melayu Murtad 250 ribu. ape crite. ... Bukan pasal Amanat org Melayu Murtad. Mane Pejuang Melayu.Islam.Raja.. Hasan jati. nasa. brahim.dan puok katak. Orang Bodo boleh r nk tipu.. Ni puok Cari Makan Jual Agama. malu r budak budak je... Main cucu doh la.. insaflah.....