Jumaat, 9 November 2012

Umno mengapi-api rakyat dengan manipulasi agama – Nurul Izzah

Aliff Fikri

KUALA LUMPUR- Serangan Umno melalui media kawalan mereka yang tergamak memanipulasi agama untuk mengapi-api rakyat adalah kerja jahat, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Beza kita dengan mereka, kita tidak guna agama dan kaum untuk serang sesiapa seperti yang mereka lakukan untuk serang saya.

“KEADILAN dan Pakatan datang dengan semangat Malaysia. Kita berjuang untuk semua bangsa” katanya di Bulatan Little India, Brickfields malam tadi.



Di sebalik hujan lebat sepanjang ceramah perdana Merdeka Rakyat bersempena sambutan Hari Deepavali dihadiri lebih 500 rakyat.

Ia turut diserikan dengan paluan gendang tradisional masyarakat india dan percikan bunga api.

Utusan Malaysia sebelum ini memutar belit kenyataan Nurul Izzah berkaitan fitnah akidah bagi meraih sokongan orang Melayu-Islam yang kian menyokong Pakatan.

Selain isu itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan kekesalannya terhadap pembangunan di Brickfields yang tidak dirancang dengan baik.

“Perancangan pembangunan yang huru hara ini berpunca dari pemerintah yang angkuh dan sombong.
“Lihat apa yang berlaku kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields,” katanya.

Lot 18, tapak asal IPD Brickfields diberi kepada Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Senator Mariany Yit yang pernah memegang jawatan penting dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Kita sedaya upaya memperjuang IPD itu dari diroboh kroni Umno. Rakyat mahukan pemimpin yang ikhlas bukannya yang zalim,” kata Nurul Izzah.

Tiada ulasan: