Khamis, 22 November 2012

Tiga Projek Rumah Terbengkalai Bakal Siap 2014




SHAH ALAM : Projek perumahan terbengkalai di Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu dan Tanjong Karang bakal siap sepenuhnya pada Mac 2014.

 Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihak pemaju sudah mengemukan permohonan bagi meminda komponen pembangunan 272 unit rumah teres kos rendah fasa dua itu kepada rumah teres kos sederhana rendah

Permohonan tersebut dibuat bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Beliau berkata, pihak pemaju dalam peringkat akhir menyediakan pelan muktamad serta dokumen berkaitan untuk dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Oleh kerana pihak pemaju tidak mendapat kelulusan lebih awal daripada PTG dan LPHS, permohonan mereka telah dipulangkan dan diminta untuk dihantar semula bagi kelulusan pertukaran.

“Pihak pemaju sedang dalam peringkat akhir menyediakan pelan yang muktamad serta dokumen berkaitan untuk dikemukakan.

“Selepas mendapat kelulusan, barulah projek ini boleh diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Permatang Sulaiman Abdul Razak berhubung status projek perumahan berkenaan di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Tambahnya, pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan itu akan disenarai hitamkan.

Tiada ulasan: