Khamis, 29 November 2012

Shahrizat kata 'Tuhan' Bersama Utusan Malaysia??

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/utusan%20fitnah.jpgKetua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil mendakwa bahawa bahawa portal berita Malaysia atas talian (online) memberi "liputan yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab" kepada Barisan Nasional, sedangkan ALlah adalah dengan Utusan Malaysia kerana 'keikhlasannya'.

Namun, hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Utusan adalah akhbar yang paling 'taksub' kepada Umno sehingga sanggup 'membabi buta' menulis berita tidak langsung menurut etika media.

Oleh itu, rakyat telah menghukum Utusan dan lihatlah akibat yang ditanggung oleh Utusan sejak tiga tahun lalu;

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/utusan.JPG

Utusan Rugi RM6.893 Juta Suku Tahun Pertama


SHAH ALAM 18 Mei 2011 : Ketika akhbar lain mencatat keuntunganm Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

“Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan,” katanya.

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM1.09 juta bagi suku ke-3

KUALA LUMPUR, 28 Nov 2012 —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.

“Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya.

Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama

Tiada ulasan: