Jumaat, 2 November 2012

Nazri: Saya kenal Michael Chia tapi saya tidak bersihkan namanya

TERKINI

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini mengakui mengenali Michael Chia, tetapi menafikan tuduhan bahawa beliau membersihkan nama pedagang balak itu berkenaan dakwaan rasuahnya.

Nazri menerangkan bahawa beliau menjawab soalan mengenai Chia yang didakwa menyeludup wang untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya sebagai menteri de facto undang-undang.

"Saya menteri, saya tidak ada kepentingan peribadi. Dan, saya tak tahu saya ada kepentingan. Apa kepentingan saya ada?" katanya apabila ditemui wartawan di Parlimen.

Nazri memberi respon terhadap dakwaan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pagi ini menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia kerana anaknya Nedim telah menggunakan kenderaan mewah didaftarkan atas nama Chia.

Menteri itu berkata beliau tidak hairan dengan tuduhan Rafizi, sambil menggelarkan pemimpin PKR tersebut sebagai "bukan siapa-siapa","seperti hanya gigitan nyamuk", dan "perasan".

Beliau mengingatkan Rafizi bahawa jawapan beliau di dalam Parlimen dalam kontroversi itu kerana ia datang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara, agensi yang menangani kes tersebut.

Nazri menegaskan kedua-dua badan tersebut bebas, dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk menutup kes.

"Saya tidak ada kuasa dalam SPRM, jadi saya tak boleh menutup kes. Mereka bebas, jadi bagaimana saya nak dirasuah jika saya tidak ada kuasa?" katanya lagi.

Nazri menambah bahawa dia baru-baru ini memberitahu Dewan Rakyat kerana Chia tidak ditahan di Hong Kong dengan 16 juta dolar Singapura (RM 40 juta), dan beliau mengetahuinya bila pegawainya memberitahu.

"Saya pun tidak tahu bahawa Chia tidak ditahan," katanya lagi.

Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa pada April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Dalam sidang media Rafizi hari ini, berkata bahawa ICAC, badan pencegah rasuah di Hong Kong menutup kesnya selepas tidak dapat kerjasama dengan SPRM.

"Bagaimana saya boleh mempengaruhi mereka? Saya tak boleh. Jawapan mereka bukan jawapan peribadi saya.

"Peguam Negara dan pesuruhjaya SPRM, mereka tidak ada locus standi di parlimen," katanya lagi.

1 ulasan:

Din Mun berkata...

Allah mengetahui segala-galanya.