Selasa, 20 November 2012

Nazri Aziz sedang bentang usul tergempar isu Gaza

RUZY ADILA IDRIS dan Jamilah Hamzah

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR - Usul tergempar mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sedang dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan usul tergempar itu sebaik sesi lisan berakhir jam 11.30 pagi.

Sinar Harian Online difahamkan usul tergempar ini membawa 10 resolusi.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian kerajaan untuk membentangkan usul bagi menggesa Parlimen mengambil ketetapan, antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza, yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang.

Selain itu, usul juga dijangka akan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Gaza melalui gencatan senjata.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berkata yang mereka mensasarkan kira-kira 80 kawasan serangan termasuk bangunan milik tentera Hamas, kemudahan penyimpanan senjata dan balai polis sekali gus membawa jumlah keseluruhan kawasan serangan sebanyak 1,350.

Tiada ulasan: