Selasa, 27 November 2012

MB : Selangor Tingkatkan Penerangan Fatwa, Kawal Ajaran Sesat




SHAH ALAM : Penerangan fatwa kepada masyarakat umum akan dipertingkatkan bagi memupuk pehaman terhadap fatwa daripada peringkat negeri dan negara kata Exco Agama Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata terdapat dua jenis fatwa iaitu peringkat negara dan negeri yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor.

“Saya percaya banyak perkara-perkara yang sudah diputuskan perlu diberikan penerangan kepada masyarakat terutama isu kubur bertingkat.

“Bagaimana kita dapat atasi masalah tanah perkuburan di dalam kawasan yang padat,” katanya di Dewan Negeri Selangor ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2012.

Selain itu, beliau juga akan berbincang dengan Pejabat Mufti Selangor mengenai isu ajaran sesat yang dilihat cuba dihidupkan kembali di negeri ini.

“Berapa isu fatwa mengenai ajaran sesat termasuk baru-ini ini Negeri Selangor mengaggap Arqam adalah ajaran yang perlu diperbetulkan.

“Saya akan berbincang dengan pejabat mufti dan juga bagaimana cara kita menyelesaikan masalah fahaman dan akidah di negeri (ini) melalui cara memberikan penjelasan dengan lebih bijaksana,” katanya lagi.

Tiada ulasan: