Rabu, 28 November 2012

5 Peluru Hadapi PRU13

Blog Nusajayakini.com

PARIT SULONG - Selari dengan kemajuan media baru yang semakin mempengaruhi kehidupan rakyat masa kini, PAS turut menyediakan alternatif kempen bagi menyebar luaskan sebaran maklumat kepada masyarakat.

5 peluru tersebut adalah Buku Jingga, Buku Hijau ‘Negara Berkebajikan Tawaran PAS’, Tawaran Jingga, Agenda Wanita Malaysia, Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.

“3 perkara yang terkandung dalam Buku Jingga adalah Agenda bersama Pakatan Rakyat, penerangan krisis dalam negara dan 10 janji jingga untuk tempoh 100 hari setelah Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya. Buku Hijau pula menyentuh berkenaan kedudukan Agama Islam manakala Tawaran Jingga menyeliputi 4 dasar utama yang akan diketengahkan”, terang Saudari Aiman Athirah Al Jundi dalam Program Taklimat Khas Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia di Dewan Bustanul Ariffin, Parit Sulung semalam.

Beliau menyeru khususnya kepada ahli-ahli PAS bagi menghadam dan memahami bahan-bahan di atas bagi meningkatkan lagi kefahaman supaya dapat menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Ini bertujuan agar masyarakat lebih peka terhadap isu di sekeliling mereka serta mengetahui tawaran yang akan diberikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya menjelang PRU13 yang bakal datang ini.

“20-30% singgung kelemahan UMNO Barisan Nasional, 70% selebihnya beri kefahaman kepada masyarakat berkaitan tawaran PAS. Rakyat di luar sana sudah tidak mahu lagi mendengar kita mengherdik sesama sendiri. Apa yang dikehendaki rakyat adalah mendengar apa yang ditawarkan oleh PAS”, tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tiada ulasan: