Khamis, 25 Oktober 2012

Skandal RM40 Juta Perlu Siasat Dibawah




KUALA LUMPUR : PKR menggesa skandal wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan pengusaha balak Michael Chia disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta 613).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemindahan wang itu berkemungkinan besar melanggar undang-undang negara apabila berlakunya transaksi wang membabitkan hasil kegiatan pembalakan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mendakwa wang RM40 juta itu dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Umno.

“Kenyataan Wilfred itu boleh menimbulkan syak di pihak bank mengikut peruntukan Akta 613 kerana pendapatan dan kekayaan seorang ahli politik Malaysia tidaklah seberapa.

Saifuddin berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada Bank Negara 11 pagi esok.

Beliau mempunyai bukti dan beberapa maklumat terkumpul bagi membolehkan satu kertas siasatan dibawah Akta 613 dibuka.

“PKR percaya Bank Negara mempunyai asas yang kukuh untuk memulakan siasatan dan kuasa yang luas untuk menyiasat individu tertentu.

“Kebebasan Bank Negara menyiasat kes ini akan diikuti rapat oleh masyarakat dalam dan luar negara kerana ia bakal membayangkan integritinya,” tegasnya.

Tiada ulasan: