Sabtu, 20 Oktober 2012

Hudud Cubaan Soi Lek Alih Isu Rasuah BN


 

SHAH ALAM : Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek cuba mengalih fokus rakyat terhadap rasuah dan penyelewengan Umno-BN dengan membuat dakwaaan tidak berasas mengatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hukum hudud dilaksanakan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berkata, Presiden MCA itu banyak kali memilih mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA.

Tetapi dalam masa yang sama memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011.

“Dr Chua masih dalam keadaan berkhayal serta ilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memutar-belitkan serta mengelirukan.

“Beliau langsung tidak ada keupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan Umno-BN yang menyeleweng,” kata Khai Loon dalam kenyataan medianya.

Khai Loon berkata, PAS adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka.
PAS bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan mendokong agenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku Jingga.

Perjuangan PAS untuk merealisasikan sebuah Negara Berkebajikan juga disokong oleh semua ahli parti dan rakyat Malaysia.

“Yang mendukacitakan adalah MCA yang masih mempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik .MCA rela untuk menjadi alat politik perkauman Umno,” katanya.

Tiada ulasan: