Sabtu, 20 Oktober 2012

Banjir Di Johan Setia, 15 Keluarga Dipindah




SHAH ALAM : Kira-kira 15 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan banjir sementara di Dewan Al-Munirah Rumah Anak Yatim di Kampung Johan Setia ekoran kejadian banjir kawasan.

Banjir itu berlaku ekoran hujan lebat dan ribut selama beberapa jam melanda Klang malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Klang antaranya di Taman Sentosa, Johan Setia, Jalan Kebun di naiki air sehingga ke paras peha.

Menurut Unit Amal PAS yang dihubungi kira-kira 6 jam petang menyatakan banjir di kawasan kampung itu masih belum surut.

Orang ramai yang memerlukan bantuan di kawasan berkenaan boleh menghubungi Bantuan Kecemasan Majlis Perbandaran Klang di 03 3371 6044 / 4404 atau 1800 88 23626 dan Unit AMAL PAS di 0193463483.

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikemaskini pada 4:21 petang menjangkakan ribut petir dan hujan lebat akan berlaku di Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat yang dijangka berterusan sehingga malam, Jumaat 19 Oktober 2012.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Tiada ulasan: