Khamis, 6 September 2012

Apa kewajaran Sungai Siput ditandingi MIC?

 
Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri Al - Amin berkata, apakah justifikasi kerusi tersebut untuk tetap akan ditandingi oleh MIC sedangkan keputusan PRU 2008 jelas tidak memihak kepada orang nombor satu MIC.



PETALING JAYA: PAS Perak melihat keputusan BN untuk terus menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Siput kepada MIC akan menambahkan kekusutan pembahagian kerusi dan masalah calon di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri Al – Amin berkata, apakah justifikasi kerusi tersebut untuk tetap akan ditandingi oleh MIC sedangkan keputusan PRU 2008 jelas tidak memihak kepada orang nombor satu MIC.

Pada 2008, Presiden MIC ketika itu, Datuk Seri S Samy Vellu telah kalah kepada calon Pakatan Rakyat, Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1, 821 undi.

“Juga ada usaha untuk meletakkan juga Datuk Seri G. Palanivel yang juga Presiden MIC di situ?  Adakah beliau seorang calon ‘boleh menang’?

“Tiadakah calon muda daripada kalangan MIC yang mampu menggalas tugas tersebut? Dan tiadakah calon tempatan yang boleh diketengahkan sebagai calon MIC di sana,? katanya dalam  satu kenyataan media hari ini.

Semalam Menteri Besar, Datuk Seri  Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan kerusi Parlimen Sungai Siput akan ditandingi calon dari MIC.

Pandangan akar umbi

Ahmad Nuri berkata, jika diamati dengan teliti, isu kedudukan kerusi dan calon Parlimen Sungai Siput mengzahirkan kedudukan sebenar konflik dalaman BN Perak .

Katanya, Dr Zambry tidak mampu menyaingi Jawatankuasa Utama BN Perak yang terdiri daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas dan terbaru G Palanivel.

“Ini tidak termasuk Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn yang juga Timbalan Presiden parti  yang juga Penasihat Khas Kaum Cina kepada Menteri Besar Perak,” tambah beliau lagi.

Beliau menambah,  respon Zambry itu juga tersebut jelas dilihat sebagai percubaan awal bagi melihat pandangan akar umbi jentera BN di Sungai Siput.

Tiada ulasan: