Selasa, 4 September 2012

TIADA SEMANGAT RAYA: Melayu risau masa depan yang tidak menentu, salahkan Umno

  Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle


Kesan buruk daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengelirukan, telah mula memuntahkan racun berbisa kerana masyarakat Melayu kini mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan sebagai umpan untuk menjayakan rancangan itu, yang sebenarnya telah bertukar menjadi penjana faedah dan manfaat kepada hanya segelintir bumiputera apabila majoriti rakyat jelata yang lain terutamanya orang Melayu terus ketinggalan dan menderita.

Di alaf baru ini, masyarakat Melayu Malaysia telah mula untuk bukan sahaja sedar akan realiti pahit pemerintahan BN yang sudah mencecah 55 tahun itu, mereka juga sedar bahawa mereka telah lama dimanipulasi oleh segelintir pemimpin Melayu yang untuk melahirkan golongan elit Melayu.

Memang diakui bahawa majoriti Melayu sudah keluar dari kemunduran, namun begitu, cara dan sifat DEB ditubuhkan, dengan menggunakan penduduk Melayu sebagai alasan untuk menghasilkan lebih ramai elit politik dan peniaga Melayu, telah meninggalkan perasaan tidak puas hati bagi orang Melayu itu sendiri.

BN mempergunakan DEB, kenyataan pahit buat orang Melayu


Mungkin pada musim perayaan ini, setelah berakhirnya bulan suci Ramadan, apabila orang Melayu bersorak gembira meraikan Hari Raya, mereka akan mula merasakan, setelah bertahun-tahun lamanya, banyak yang telah mula berkurangan dari kehidupan mereka dan ia juga semakin lenyap.

Ini telah mendorong orang Melayu untuk menuntut hak keistimewaan mereka melalui Perkasa yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keadaan masyarakat Melayu dan mahu kerajaan BN memulihkan DEB dan kuotanya yang mengakibatkan prasangka dan diskriminasi dikalangan kaum-kaum utama di Malaysia.

Tetapi hakikatnya adalah masa telah berubah dengan adanya globalisasi ia adalah mustahil untuk menghidupkan semula DEB atau sebarang dasar lain yang seumpamanya oleh BN kerana takut akan tindak balas oleh masyarakat antarabangsa yang akan menuduh mereka melaksanakan dasar-dasar seakan apartheid yang bertentangan dengan pelaksanaan globalisasi.

Orang Melayu akhirnya sedar bahawa DEB merupakan helah BN selepas tempoh tiga puluh tahun dan ini adalah realiti yang amat sukar untuk diterima. Mereka menyedari bahawa pemimpin BN telah bermain wayang dengan menggunakan orang Melayu demi ‘kemakmuran ekonomi negara’, tetapi sebenarnya menggunakan golongan penduduk yang terramai ini untuk menjayakan agenda peribadi mereka sendiri.

Orang Melayu kini lemah


Dalam arena politik, ia sudah diterima bahawa orang Melayu juga telah berpecah-belah dan dalam proses itu, kedudukan mereka telah menjadi semakin lemah. Walaupun UMNO mengakui dirinya sebagai juara orang Melayu pada suatu masa dahulu, PKR dan PAS telah berjaya menambat hati dan minda orang Melayu.

Politik dan dasar-dasar PKR dan PAS telah menjadikan mereka lebih popular dikalangan orang Melayu yang sudah letih dan bosan akan janji-janji UMNO yang telah gagal mereka tepati pada orang Melayu.

Cubaan UMNO untuk menaikkan populari mereka umpama yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Dengan sikap berlebihan dalam mencapai keinginan dan cita-cita yang tamak, pemimpin UMNO, kroni dan pengampu mereka, telah merompak hasil negara sehingga ia hampir kering.

Dalam berbuat demikian, mereka telah meninggalkan bukan sahaja majoriti Melayu tetapi keseluruhan rakyat Malaysia akan bahagian hasil ekonomi negara yang sangat sedikit. Masalah UMNO adalah ketamakan pemimpin mereka yang tidak mengenal batas.

Nafsu pemimpin mereka yang tidak terkawal dalam merompak hasil negara bermula selepas pelaksanaan DEB yang samar-samar sebenarnya merupakan dasar BN yang seakan permainan bola sepak di mana tiang-tiang gol kerap beralih apabila ada sesiapa yang mahu menjaringkan gol.
Sehingga hari ini, DEB tidak pernah dijelaskan dengan terperinci atau menampakkan hasil sebenar.
Tidak pernah ada percubaan untuk menerangkan bagaimana ia telah digubal atau sama ada objektifnya pernah tercapai.

Tetapi dengan mengukur pencapaian masyarakat Melayu secara keseluruhannya sekarang, agak tepat jika dikatakan bahawa DEB hanyalah sandiwara, helah dan alasan yang digunakan oleh kepimpinan BN untuk menjayakan agenda mereka sendiri demi menubuhkan dan memisahkan antara pentadbir dan golongan peniaga elit untuk memerintah dan menggunakannya demi keseronokan mereka dimana orang Melayu yang jahil akan kebenaran ini hanya menjadi bahan permainan dalam rancangan mereka.

Ke mana hala tuju orang Melayu?


Dilema yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang adalah sukar untuk ditentukan. Apa yang paling menghairankan dan sukar untuk diramalkan adalah bentuk dan hala tuju masa depan politik orang Melayu.

Tetapi apa yang sudah tentu adalah kesetiaan orang Melayu sudah terbahagi antara tiga parti iaitu UMNO, PKR dan PAS dan hakikat bahawa UMNO telah kehilangan banyak sokongan di kawasan orang Melayu dan terpaksa berkongsi sokongan orang Melayu dengan pembangkang merupakan halangan utama dalam PRU ke-13 ini nanti.

Di bawah kepimpinan Najib Razak, antara ‘flip-flop’ dan cubaan untuk menggembirakan rakyat Malaysia adalah dengan berjanji bahawa bulan pun boleh diberikan kepada mereka, orang Melayu telah sedar bahawa Najib masih lagi bermimpi di siang hari.

Hakikat bahawa dunia dalam keadaan kemelesetan, dan keberaniaan Najib menafikan Malaysia terjejas walau sedikit pun, tidak boleh diterima rakyat Malaysia. Secara puratanya, orang Melayu mula menyaksikan dan merasakan sendiri bahawa mereka telah ditolak ke ruang sempit dan sedang digantikan oleh pekerja asing sama ada yang sah atau haram di tempat kerja.

Melayu kini menyedari semuanya tidak lagi enak bagi majoriti orang Melayu malah tidak pernah selesa sejak kemerdekaan daripada British lagi. Orang Melayu yang sering dimanjakan dan disuap oleh BN, kini menyedari bahawa mereka perlu menyara diri sendiri dan mendapati bahawa ia agak sukar untuk dilakukan kerana sudah terbiasa dimanjakan oleh BN.

Apa yang lebih mengecewakan bagi orang Melayu adalah UMNO telah cukup mempergunakan dan mengambil kesempatan keatas masyarakat dan telah hampir diabaikan pula kerana hanya memberi perhatian untuk mengumpul sokongan yang lebih besar melalui MCA dan MIC daripada kaum-kaum lain.

Apabila UMNO berpaling dari orang Melayu, mereka mula mencari suara mereka melalui PKR dan PAS. Ini menjadikan dilema Melayu yang sedia ada bakal menjadi krisis yang berlarutan.

Penerima habuan UMNO yang mendajalkan helah mereka sudah pasti memberi keuntungan kepada PKR dan PAS. Oleh itu, pengundi di kalangan orang Melayu dijangka akan memberi undi mereka kepada PKR dan PAS sekaligus meninggalkan UMNO dalam keadaan yang sukar.

Menentukan nasib PRU ke-13

Jika ada mana-mana peristiwa yang akan dianggap sebagai tempoh penentu sejarah Malaysia, ia adalah sebelum PRU ke-13. Jika pemilihan yang dijalankan adalah bebas dan adil seperti yang dijangkakan, sudah pasti, BN akan terkubur akibat pentadbiran mereka yang lemah.


Selain Melayu mempermainkan slogan "Janji ditepati" yang diwar-warkan oleh BN, mereka dijangka memberi sokongan padu kepada PKR dan PAS dalam bentuk undi.

Dengan MCA yang ditinggalkan oleh orang Cina, kaum India sahajalah menjadi penentu bagi BN yang percaya mereka akan memberikan kelebihan untuk mengekalkan majoriti mudah bagi memberi laluan untuk mentadbir Malaysia lagi.

Tetapi pembangkang juga punya agenda untuk masyarakat India, kerana PKR, PAS dan DAP sedar mereka perlu menambat hati kaum India dalam pelan mereka untuk mengambil alih Putrajaya.

Tetapi andaian yang selamat boleh disimpulakan bahawa kegagalan UMNO yang sebenar adalah disebabkan kegagalan mereka terhadap kaum majoriti iaitu orang Melayu dalam percaturan politik mereka dan telah memberi ruang kepada orang Melayu untuk menjadi bebas seraya memilih untuk memberi sokongan kepada parti pembangkang. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: