Jumaat, 7 September 2012

Talam vs NFC: Ukuran prestasi kerajaan yang bakal dipilih rakyat

MALAYSIA CHRONICLE


1. Sejak 3 Julai lalu, Dato' Chua Tee Yong telah melontarkan pelbagai tuduhan jahat terhadap kerajaaan negeri di bawah kepimpinan TS Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri telah menggunakan dana negeri untuk membayar pemaju Talam Corporation RM1 bilion dengan membeli hartanah Talam dengan harga yang tinggi sekaligus menyelamatkanTalam daripada kebankrapan. Mereka juga membuat tuduhan tidak berasas bahawa akibat daripada pembelian aset ini, Talam terselamat daripada digantung Bursa Malaysia.

2. Kami telah membuktikan bahawa dakwaan tentang Talam yang mengalami permasalahan hutang dan tersenarai sebagai syarikat PN17 (bermasalah hutang), sebenarnya telah lebih awal sebelum kegiatan ‘mengutip semula hutang-debt recovery exercise’, meregulasasikan (menysusun semula) pembayaran hutang dan telah dapat mengeluarkan syarikat itu daripada tersenarai sebagai syraikat PN17 dalam Bursa Malaysia.

3. Namun CTY dan konco-konconya dalam Umno termasuk Ir Mohd Zain yang menggelar kes ini sebagai ‘TalamGate’ dan juga kawannya Noh Omar tidak henti-henti membuat kenyataan tentang kononnya kerajaan negeri telah melakukan satu ‘bailout’ dan ‘merompak’ duit rakyat sebanyak RM1 bilion.

4. Langkah bijak yang dijalankan oleh MB Selangor dengan melibatkan salah sebuah lima firma audit antarabangsa terbesar yakni KPMG untuk menjalankan satu siasatan ‘due diligence’ ke atas seluruh usaha yang ‘mengutip semula hutang-debt recovery exercise’, yang disebut sebagai ‘rund-tripping dalam bahasa kewangan. Ini adalah bersesuaian dengan prinisp keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban yang didukungi kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

5. KPMG telah didedahkan semua dokumen untuk mereka lakukan ‘due diligence’ yang menyeluruh supaya rakyat dan pembayar cukai berpuas hati dengan prestasi dan kegiatan menyelematkan dana kerajaan negeri.

6. Semalam KPMG telah secara rasmi membuat pengisytiharan bahawa “Kerajaan Selangor telah memasuki dua perjanjian untuk melunaskan hutang Talam (Debt Settlement Agreement) bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat jumlah hutang Talam yakni balik RM392 juta, iaitu pembayaran kepada kerajaan negeri adalah dalam pelbagai bentuk (termasuk tunai, assignment hutang, aset - tanah, hartanah, saham).

7. Kerajaan Negeri kemudian memasuki satu perjanjian Global Settlement Agreement (GSA), yang memberikan kedudukan yang baik untuk kerajaan negeri mendapat balik hutang, seandainya Talam mengalami kebankrapan.

8. Yang pentingnya adalah KPMG mengesahkan bahawa tiada bayaran yang dibuat kepada Talam, seperti tuduhan jahat yang dibuat oleh CTY dan kawan-kawannya. Satu ‘bailout adalah ditakrif dalam kewangan sebagai ‘bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan sepert kes Perwaja, IWK dan MAS yang diberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

9. Yang lebih penting juga KPMG mengesahkan bahawa semua yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah dalam memenuhi kepentingan rakyat negeri Selangor secara telus dan juga kerajaan negeri tidak mengalami apa jua kerugian seperti yang lazim dilakukan dalam amalan kewangan korporat bahawa pihak kreditor (pemberi hutang) terpaksa menanggung sedikit kerugian dengan bahasa ‘hair-cut’.

10. Adalah amat memalukan MCA dan BN bahawa CTY masih lagi membuat insinuasi terhadap dapatan KPMG kononnya firma auditor ini tidak diberikan scope kerja yang menyeluruh dan pendedahan dokumen yang mencukupi dan cuba menyamakan keadaan ini dengan skandal Enron dan firma auditor Arthur Anderson.

11. Kami bertiga sebagai MP Paktan Rakyat (YB Tony Pua, YB William Leong dan saya) yang dilantik sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Negeri Selangor dalam kes Talam ini, bersedia mengundang Datuk CTY dan kawan-kawan Umnonya untuk sama ada memilih Debat atau Wacana supaya isu dakwaan jahat mereka dapat kita tangani secara terbuka dan bersemuka, seandainya mereka masih tidak faham lagi atau mahu mempertikaian kerajaan negeri.

12. Kami juga dengan ini, mencabar dan menuntut PM Najib dan TPM Muhyiddin mededahkan dapatan kajian Pricewaterhousecooper (PwC) terhadap siasatan yang dibuat oleh firma audit antarabangsa itu ke atas Scandal RM250 juta NFC, seperti mana yang telah kerajaan negeri secara terbuka mendedahkan untuk tatapan semua rakyat dalam kes Talam Corporation.

13. Jelas bagi rakyat kini, Siapa yang Mengota Kata atau ‘Walk The Talk’ dan siapa yang sebenarnya tidak memenuhi slogannya sendiri ‘Janji Ditepati? Ataukah benar kata anak muda Janji DiCepati saja?

14. Masa untuk berubah telah sampai….
-harakahdaily

Tiada ulasan: