Ahad, 9 September 2012

SPR sedia tetapi suruhanjaya IC belum jalan tugas

Abdul Aziz Mustafa,
 
KUALA LUMPUR: Bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendakwa sudah sedia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13, sedangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suruhanjaya diraja itu ditubuhkan berikutan apa yang disebut sebagai Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ yang dilaporkan telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi yang sah.

"Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan," kata beliau.

Bukan itu sahaja, kata Mohamad, malah banyak lagi perkara yang dilihat sebagai terang-terang merupakan satu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih.

"Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan," katanya.

Lebih teruk lagi, seorang wanita berbangsa India tidak dapat mendaftar sebagai pengundi kerana nombor kad pengenalannya digunakan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu dalam daftar pemilih.

Malah, katanya lagi, orang yang telah mati pun masih ada lagi nama mereka dalam daftar pemilih.

"Bukan sedikit, tapi banyak dan timbul keraguan ada pihak lain yang mengundi bagi pihak mereka," katanya.

SPR juga, kata Mohamad, tidak memberi penjelasan yang boleh dipercayai mengenai pemindahan pengundi yang jauh lebih banyak dari yang dinyatakannya.

"Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan," katanya.

Malah, ada laporan-laporan polis yang dibuat oleh pemilik-pemilik rumah yang mengadu rumah mereka dijadikan alamat oleh pengundi-pengundi yang tidak meraka kenali dalam daftar pemilih.

"SPR perlu menjelaskan semua itu dan banyak lagi perkara yang dilihat sebagai penyelewengan yang terang-terang berlaku dalam daftar pemilih.

"Pengerusi SPR jangan dengan mudah mendakwa pihaknya sudah sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 sedangkan daftar pemilih masih lagi tidak bersih," katanya.

Mohamad menegaskan, kesemua penjelasan dan dakwaaan SPR sebelum ini kononnya daftar pemilih yang ada kini sudah bersih dan masalah pada daftar itu terlalu minima ternyata menimbulkan lebih banyak lagi keraguan.

Daftar pemilih yang bersih adalah antara tuntutan utama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mendakwa pihaknya sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen.

24 ulasan:

Unknown berkata...

Kita harapkan yang mana undian kali ini akan dapat dilakukan denga baik dan teratus.

Unknown berkata...

Selesaikan masalah projek IC ini. Ini bagi memastikan mereka yang tidak layak mengundi tidak terlepas melakukan tanggungjawab ini.

mantera berkata...

semada PRU, SPR kena pastikan pengundian berjalan lancar dan bersih.

Mumbai berkata...

"Bagaimana SPR boleh mendakwa sudah sedia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13, sedangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya."

bagaimana pilihanraya 1 hingga ke-12 boleh berjalan tanpa perlu ada RCI?? boleh Mat Sabu tolong Jawab?? kalau tidak ada isu untuk dimainkan, baik diam saja..

Mumbai berkata...

entah kenapa bila RCI diumumkan, bertubi2 pula kritikan dari pemimpin2 Pakatan dari semenanjung.. sebelum ini mereka senyap saja,, tidak ada langsung menyentuh isu2 sabah..

Mumbai berkata...

jika RCI dilaksanakan dan siap siasatan sebelum PRU, saya yakin pemimpin2 Pakatan akan tetap mempertikaikan hasil siasatan itu malah akan mepertikaikan tindakan kenapa RCI cepat sangat dilaksanakan.. siapa tidak kenal dengan pembangkang2 tanah air.. paling hipokrit di dunia..

Mumbai berkata...

boleh Mat Sabu ulas sedikit bagaimana pula dengan kenyataan Azizah bekenaan janji Pakatan jika memerintah negara ialah akan memberikan status PR kepada semua PATI di Sabah??

Anak Sabah berkata...

Rasanya SPR belum boleh mengadakan PRU-13, sebab Datuk Najib belum lagi mengumumkan keputusan membubarkan parlimen.

Anak Sabah berkata...

Kita tunggulah pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan pusat untuk mengetahui tarikh pilihanraya yang tepat.

Tanpa Nama berkata...

Isu projek ic ini perlu disiasat untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

ScottyDoesntKnow berkata...

Sabah Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Musa Aman said Sabah BN was ready for the 13th general election anytime as ithad made early preparations.

ScottyDoesntKnow berkata...

The Chief Minister said Sabah BN''s preparations had always been based on preparing early and serving the people at all times and anywhere, without waiting for the elections to be approaching.

ScottyDoesntKnow berkata...

"We are prepared. From the beginning, I''ve told our assemblymen and members of parliament when they were chosen as elected representatives and given the mandate by the people, they should be grateful and thankful.

ScottyDoesntKnow berkata...

"Don''t regard the YB title that we''ve got as a privilege or a high rank. We should humbly accept it as not ''Yang Berhormat'' but as ''Yang Berkhidmat'' to the people," he said in his speech at a meeting with Tawau Zone community leaders.

ScottyDoesntKnow berkata...

Musa was confident that the opposition parties would not be able to penetrate BN strongholds if the BN elected representatives continued to work hard and serve the people with dedication.

ScottyDoesntKnow berkata...

He also urged the people to preserve unity and political stability in the state as it was vital to provide a conducive environment for local and foreign investors.

ScottyDoesntKnow berkata...

He said from his meetings with investors and foreign government representatives, he could conclude that many foreign companies chose to invest in Sabah because of its political stability, beauty and kind, courteous people.

ScottyDoesntKnow berkata...

"These are the plus points for Sabah. If the investors invest here, they will provide more jobs and more income for our people. We must relay this message to the people for them to understand the real situation," he said.

ScottyDoesntKnow berkata...

Musa was also confident that Sabah was on the right track to continue to propel the economy for the development and prosperity of the state and people.

ScottyDoesntKnow berkata...

He said Sabah''s financial position was strong and this was vouched by the Auditor-General himself; a position which enabled Sabah to pay the salaries of its public servants down to the grassroot level such as the chairmen of the village security and development committees.

ScottyDoesntKnow berkata...

He added that among the programmes introduced to eradicate poverty involving millions of ringgit in government allocations was the creation of mini estates (Mini Estet Sejahtera) throughout the state.

ScottyDoesntKnow berkata...

Musa said the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was far-sighted in planning and implementing development programmes that could be inherited by future generations for a peaceful, comfortable and prosperous life.

ScottyDoesntKnow berkata...

In this regard, he urged the people of Sabah to reject the propaganda and slander by the opposition including their leaders flying in from the peninsula promising the moon and the stars, but these, he said, were just empty promises.

ScottyDoesntKnow berkata...

In this regard, he urged the people of Sabah to reject the propaganda and slander by the opposition including their leaders flying in from the peninsula promising the moon and the stars, but these, he said, were just empty promises.