Rabu, 26 September 2012

Siasatan Scorpene: Perancis akan panggil saksi

Koh Jun Lin


 
Anggota sekretariat NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata badan kehakiman Perancis akan memanggil saksi dalam siasatan kehakiman ke atas skandal kapal selam Scorpene "tidak lama lagi".

Kehakiman Perancis masih dalam proses memanggil saksi untuk testimoni dan siasatan dan kita jangka saksi akan dipanggil tidak lama lagi," kata Gabriel kepada Malaysiakini malam tadi.

Gabriel berkata, tujuh saksi daripada Malaysia dijangka akan dipanggil namun ia bergantung kepada keputusan hakim.

Saksi berkenaan termasuk individu yang berada di "tengah-tengah rundingan" untuk kapal selam tersebut seperti sekutu yang dekat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda.

Ditanya sekiranya Najib, yang merupakan bekas menteri pertahana akan disepina, Gabriel berkata Najib mendapat imuniti sebagai ketua kerajaan memandangkan Perancis tidak ingin mengeruhkan hubungan diplomatik melainkan jika terdapat syak yang kuat ke atasnya.

Bagaimanapun, Najib akan menduduki tempat paling tinggi dalam senarai saksi dengan "amat cepat" sekiranya tidak lagi menjadi perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

Tiada ulasan: