Rabu, 26 September 2012

‘Saya tak terlibat filem air’

 
Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan berkata, "Saya tak tahu, tak tahu hujung pangkal."



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Selangor mendakwa beliau tidak terbabit dengan filem air negeri itu yang sedang diperkatakan sekarang.

Ketua Pemuda Umno Selayang,  Sohaimi Shahadan berkata, “Saya tak tahu, tak tahu hujung pangkal.”
Sohaimi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan blog mengenai penggambaran iklan filem krisis air di Selangor,

Pengambaran dibuat di Petaling Jaya semalam. Blog pro pembangkang menyiarkan foto Sohaimi melihat orang sedang membahagikan air.

“Itu mungkin gambar lama sewaktu saya membantu penduduk membahagikan air,” katanya.

Sohaimi yang juga Pengerusi sebuah NGO iaitu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), berkata, beliau kini berada di Beijing, China sejak seminggu lalu dan akan pulang ke Malaysia pada Sabtu ini.

Dalam perkembangan berkaitan, perangkaan yang dibuat pihak GPRS, terdapat sebanyak 1,378 kawasan perumahan di bawah kategori kod 17 dan 18 ( bagi pangsapuri dan kondominium) di Selangor yang mempunyai lebih kurang 500 unit rumah setiap satu, masih belum mendapat subsidi tersebut.

Tiada ulasan: