Selasa, 25 September 2012

Pro-Aspirasi menang di UUM

Raziatul Hanum A Rajak

Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
 
SHAH ALAM - Sebagaimana telah dijangkakan, kumpulan Aspirasi, yang pro-Kerajaan Pusat telah memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pemilihan perwakilan pelajar bagi sesi 2012/2013.

Daripada 36 kerusi itu, lapan membabitkan kerusi umum manakala 28 lagi kerusi peringkat fakulti.
Dua kerusi lagi dimenangi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Sebanyak 22 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding pada hari penamaan calon Khamis lalu.

UUM salah satu universiti mengadakan pengundian hari ini.
Pengundian di UUM ditutup pada jam 1.30 petang tadi.

Jurucakap Pro-Aspirasi UUM, Mohammed Syafiq Mohd Shokri berkata, mereka memenangi tujuh kerusi daripada lapan kerusi yang diperuntukkan di peringkat umum dan 27 kerusi bagi pusat pengajian.

"Kami meraih kemenangan bagi pilihan raya kampus kali ini meskipun terlepas satu kerusi umum kepada calon bebas.

"Selama tiga hari ini kami berkempen secara siber iaitu laman sosial Facebook dan turut menggunakan cara lama di mana, setiap malam kami mengadakan rapat umum di kolej kediaman," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi petang tadi.

Beliau yang juga bekas MPPUUM sesi 2011/2012 berkata, kemenangan merupakan amanah dan ia tidak akan dipersiakan oleh barisan pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa UUM.

Keputusan diumumkan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, jam 2.30 petang.

Tiada ulasan: