Selasa, 4 September 2012

PKR label Perkasa sebagai ‘penjenayah’ serang masjid


N. Surendran berkata serangan di atas masjid pada hari Ahad lalu adalah satu rancangan rapi yang bertujuan untuk melakukan jenayah.
 
PETALING JAYA — PKR dalam sidang media hari ini di ibu pejabatnya melabel tindakan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang menyerang masjid di Alor Setar sebagai “penjenayah” dan menggesa pihak polis menyiasat insiden tersebut.
 Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijemput memberi tazkirah pada Ahad lalu di masjid  Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar , mendakwa dia telah diserang ahli Perkasa.

Mereka yang menyerang tersebut dikatakan telah menjerit dan menutup lampu masjid, walaupun terdapat penafian daripada jawatankuasa masjid yang mengatakan berlakunya insiden membaling kasut ke dalam masjid.

“Ini adalah satu rancangan rapi yang bertujuan untuk melakukan serangan jenayah,” kata naib presiden PKR N. Surendran (gambar) dalam satu sidang media di ibupejabat parti tersebut hari ini.

“Tidak kisahlah sama ada ia ucapan politik atau pun tidak, ia bukan alasan,” katanya lagi.

Laporan media sebelum ini mendakwa Anwar menggunakan masjid untuk tujuan politik, malahan Perkasa, dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, menjelaskan kehadiran mereka adalah kerana bagi memenuhi pelawaan jawatankuasa masjid yang tidak mempersetujui program tazkirah tersebut.

“Kamu tidak bertindak secara jahat hanya kerana kamu tidak gembira,” tambah dia lagi.

Malahan ketua Perkasa Kota Setar Datuk Mohd Yusof Ismail, dalam kenyataannya di dalam Utusan Malaysia, memberi kenyataan bahawa tiada ahlinya bertindak ganas sepertimana yang digambarkan dan berkata tidak ada sesiapa pun yang tercedera pada malam tersebut.

Insiden serangan masjid ini adalah rentetan insiden serangan bas di Kota Bharu oleh penyerang yang tidak dikenalpasti. — Bernama

Tiada ulasan: