Sabtu, 8 September 2012

Penyair derma RM10,000 pada penduduk Bkt Koman


MALAYSIA KINI


 
Seorang penyair mendermakan RM10,000 kepada penduduk Bukit Koman yang diperintah mahkamah membayar kos RM15,000 dalam kepada syarikat lombong emas dalam kes yang berjalan selama empat tahun.

Teh Hon Seng yang juga penulis kolum untuk Malaysiakini versi bahasa Cina mengumumkan perkara itu dalam laman Facebook beliau semalam sebagai sokongan terhadap pergerakan 'hijau' dan "keadilan".

NONEPegawai eksekutif FingerTec Worldwide itu memberitahu Malaysiakini, beliau harap sumbangannya itu memberi inspirasi kepada badan korporat supaya menyokong pergerakan sivil dan kumpulan yang serba kekurangan.

Jelasnya, kumpulan itu mengalami masalah mengutip dana ekoran sumbangan korporat kepada mereka tidak mendapat rebat cukai.

Selain itu, ramai yang tidak mahu dilihat mempunyai kaitan dengan pergerakan sosial.

Penduduk Bukit Koman hilang peluang terakhir mereka untuk mencabar melalui semakan kehakiman supaya Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar yang terperinci.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 6 September menolak rayuan mereka untuk mendapat kebenaran untuk didengar berdasarkan meritnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diarah membayar kos sebanyak RM15,000.

Tiada ulasan: