Khamis, 27 September 2012

Pas yakin hudud dilaksana walau dibantah DAP

Pas yakin hudud dilaksana walau dibantah DAPMALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR. - Pas Johor yakin pelaksanaan hudud di negara ini bukan perkara mustahil walaupun dibantah pemimpin-pemimpin DAP.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, hudud tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut beliau, Pas juga yakin matlamat melaksanakan hudud dapat dicapai sekiranya parti itu beroleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sudah tentu saya menyokong sepenuhnya pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berulang kali menyatakan hudud akan dilaksanakan apabila Pas menang.

"Saya tidak hairan DAP menolak hudud tetapi mereka perlu ingat, kejayaan pembangkang memerlukan kemenangan ketiga-tiga parti komponennya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-Utusan

Tiada ulasan: