Oleh Aliff Fikri
KUALA LUMPUR: Walaupun angka 11 merupakan nombor
kegemaran Najib Razak, tidak bermakna beliau serta Umno BN memenangi
pilihan raya umum (PRU) nanti, terutama apabila ia diadakan pada
November, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
“Angka 11 yang diperkatakan Najib tidak memberi apa-apa kelebihan
kerana sebelum ini pada PRU 1999 yang juga diadakan pada bulan November
menyaksikan Umno BN mengalami kekalahan teruk,” katanya pada sidang
media selepas mesyuarat Majlis Setiausha Mesyuarat Pakatan Rakayat di
Ibu Pejabat Agung PAS, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk ucapan Perdana Menteri di Sabah Ahad
lalu yang membayangkan PRU 13 mungkin diadakan November ini.
Mustafa berkata, Pakatan Rakyat (Pakatan) bersedia hampir 100 peratus
untuk menghadapi PRU ke 13 yang berkemungkinan akan diadakan dalam masa
terdekat.
“Pakatan Rakyat sudah lama bersedia, hampir seratus peratus dan
jentera kita bersiap sedia sepenuhnya jika PRU akan diadakan dalam masa
terdekat ini,” tegas beliau.
“Berdasarkan ucapan Najib tersebut, saya tidak menolak bahawa
sememangnya beliau mahu PRU diadakan November ini, malah kebelakangan
ini juga ada ura-ura induksi PRU akan dijalankan pada bulan tersebut,”
kata Mustafa.
Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, kata Najib, tahun ini
dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubung kait bagi beberapa
sambutan atau perayaan besar dalam negara.
Menurut Najib, Umno berusia 66 tahun pada tahun ini, Malaysia
meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.
Jelas beliau, nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan.
“Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2
darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia
adalah unik dan baik,” katanya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul
Izzah Anwar dan Tian Chua; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, dan Pengerusi
DAP Selangor, Teresa Kok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan