Pejabat
TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul
Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.Sumber memberitahu
Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang
dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.
“Tidak dapat dipastikan
sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa
pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau
sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan
kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas
kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang
menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.
Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.
Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.
Tindakan
Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak
sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.
– Mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan