Khamis, 20 September 2012

Nik Aziz: Protes dengan aman, turun ramai-ramai

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap demonstrasi  mengecam filem Innoncence of Muslims di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok akan berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Bagi tujuan itu,  Nik Aziz menggesa agar semua umat Islam tanpa mengira kedudukan dan parti agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes itu.

“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun.

“Dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW,”katabeliau yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Tiada ulasan: