Ahad, 9 September 2012

Nasib Nasha tak sama Hasan

Wartawan Sinar Harian

 Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa
 
KUALA LUMPUR – Kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang bakal ditentukan Majlis Syura dijangka tidak seburuk keputusan ke atas bekas Pesuruhjaya Pas, Datuk Hasan Mohamed Ali yang dipecat parti, awal tahun ini.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada Majlis Syura yang akan bermesyuarat untuk menentukan nasib Nasharudin.

“Saya serah kebijaksanaan Majlis Syura, yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincang dan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di ibu pejabat parti, semalam.

Menurutnya, keputusan itu dirujuk kepada Majlis Syura memandangkan, Nasharudin merupakan anggota Majlis Syura.

“Semua ahli Majlis Syura dihantar surat pekeliling seawal dua minggu lalu, dan ini adalah jika seseorang tidak hadir, dia perlu memaklumkan kepada Majlis Syura beberapa hari lebih awal.

“Maka, memandangkan Nasharudin tidak memberi apa notis, kita menjangkakan beliau akan hadir dalam mesyuarat itu nanti,” katanya.

Tiada ulasan: